Bercerita tentang cinta, kita semua tahu cinta akan berkait dengan soal hati dan perasaan. Susah bagi seorang manusia itu menerima cinta dengan sekali imbas, Kebiasaannya cinta memakan masa yang lama untuk mendapatkan cinta yang tulus dan ikhlas. Tidak dinafikan juga mendapatkan cinta bukan pada masa, umur dan hari. Kadang-kadang cinta boleh datang dengan sepantas kilat jika diredhai Allah. Sebagai manusia kita tidak boleh memandang remeh dengan kuasa Allah yang masa besar dan esa.
Kawan saya bernama Nora (bukan nama sebenar) mengatakan bahawa cinta ini kadang-kadang membosankan bagi dia. Nora seorang wanita yang manis, comel dan sedap hati bila memandang, pada saya dia digilai ramai jejaka-jejaka. Perangai sopan dan manis dengan senyumannya boleh membuatkan seseorang itu jatuh hati atau erti kata lainnya jatuh cinta.
Bila saya memberikan soalan "kenapa cinta membosankan?" "ada sesiapa yang menyakitkan hati ke?". Jawapan Nora adalah "mungkin cinta ini membosankan sebab kita lakukan benda yang sama untuk setiap hari atau kita terjumpa dengan pasangan yang salah dalam masa yang salah". Apa yang pembaca boleh faham dengan jawapan Nora adalah, kemungkinan Nora jenis seorang wanita yang tidak mudah untuk bercinta dengan mana-mana lelaki.
Nora juga seorang yang sangat prihatin terhadap perasaan dan dia juga menjaga tentang soal hati. Sejak baru berkenalan dengan Nora, bagi saya dia seorang yang bijak dan bertanggungjawab, mempunyai pemikiran yang jauh dan bernas. Jadi sudah pasti Nora orangnya sangat memilih.
Cinta yang bosan selalunya cinta yang datang dari perasaan. Manusia tidak akan puas selagi tidak berpuas hati. Apa pula perbezaannya cinta terhadap Allah dan juga cinta terhadap manusia?. Cinta terhadap manusia tidak akan sempurna kerana manusia itu dilahirkan dengan adanya silap dan salah. Cinta kepada Allah tidak ada silapnya kerana Allah yang maha berkuasa, Allah yang menentukan dan kita yang merancang.
Pada saya jangan salahkan cinta yang boleh menyebabkan bosan, malah kita harus mempersalahkan perasaan diri sendiri terhadap orang yang kita cinta. Dengan adanya perasaan barulah berputiknya cinta, jadi kita harus kedepankan perasaan kita, ubah perasaan supaya tidak membosankan dari situ cinta kita tidak mudah bosan.
Nora juga menjawab "ia membosankan jika selalu berjumpa dengan lelaki yang salah dan I rasa kebanyakan semua lelaki sama sahaja". Bagi Nora cinta tidak membosankan jika lelaki tersebut mempunyai 'attitude' yang baik dan menyenangkan hati. Selain itu, Nora mementingkan 'respons' dari lelaki terhadap dia. Mengikut pengalaman saya sendiri, wanita sememangnya mahukan perhatian yang secukupnya dan tahu menghargai wanita, hormat dan beri kasih sayang sepenuhnya, saya tidak menganggap bahawa wanita menagih dengan kesemua itu, tapi kita sebagai lelaki harus sedar bahawa itu adalah sifat wanita yang tidak boleh dinafikan.
Cinta tidak akan membosankan jika, setiap pasangan mempunyai cara dan gaya yang tersendiri dan bukannya bersifat hipokrit, seeloknya kita jujur dalam semua aspek supaya setiap pasangan tahu baik dan buruk kita. Jika kita selalu menunjukkan sifat baik kita, suatu hari nanti kalau sesuatu yang buruk berlaku, pasangan akan berfikiran 'over negative'. Jadi seimbangkan sifat baik dan buruk kita supaya hubungan itu terus berkekalan.
Sememangnya, seseorang itu susah untuk menunjukkan sifat buruk kepada pasangan masing-masing kerana walaupun 1000 tahun kita mengenali diri pasangan masing-masing, lambat laun akan 'terkantoi ' juga. Biar kita sakit hati sekarang jangan kita sakit hati bila baru tahu perkara sebenar.
Akhir kata, cinta ini tidak membosankan jika salah seorang dari pasangan tahu untuk membaiki, atau melakukan cara yang boleh membuat pasangan masing-masing gembira dan terhibur. Memang kita tidak menafikan bahawa cinta ini tidak setiap saat membahagiakan, terima dengan ikhlas. InsyaAllah dipermudahkan jika kita mengutamakan niat.

No comments:
Post a Comment