Dia yang bernama Ashraf, dulu, sering kali berjumpa dengan saya dan menceritakan masalah yang di hadapinya. Kali ini, atas permintaan dia untuk menceritakan tentang kehidupan yang telah dia alami dan dia juga bersedia untuk berkongsi.
Bermula dengan kehidupan. Dia bukanlah nak dikatakan orang senang, tapi dia sederhana, nak kata famous, tapi simple orangnya, nak kata pula kacak, tapi manis orangnya. Setelah beberapa tahun hidup di atas bumi yang nyata baru dia sedar akan kehidupan ini sebenarnya perit untuk kita tempuhi. Orang cakap hidup ini seperti main loncat2 atas api, tapi sebenarnya hidup ini seperti berjalan diatasi api yang marak.
Pada suatu hari, setelah kali ke-2 masuk ke alam universiti dia telah rasa satu kehidupan yang seronok dengan berfoya-foya, seronok sana seronok sini, perempuan sana perempuan sini, rasa itu rasa ini. Perangai malas belajar, habis kan duit mak bapak. Dia juga memang disukai ramai perempuan di tempat belajar dan sangat peramah. Itu satu kelemahan dan kelebihan yang dia ada,sehinggakan dia keluar makan bersama kawan pun, ada yang cakap itu awek dia walaupun dia tak berniat apa2. Bermulalah tanggapan playboy dimata perempuan, tambahan pula, dia berkawan dengan geng playboy walaupun sebenarnya dia bukan macam tu. Tapi setelah hampir habisnya semester dia mula nampak dengan jelas kehidupan sebelum ini sangat bodoh dan dia mulai terasa sekarang atas perbuatannya yang dulu. Ini satu penyesalan yang dia takkan pernah lupa dan dia juga berjanji untuk perbaiki kesilapan lama.
Sambung pula dengan kisah cinta. Kisah ni paling seronok. Masa dulu dia ada berkenalan dengan seorang perempuan ni, nama dia dirahsiakan. Dia dengan perempuan ni sangat rapat, sangat sweet, dan sangat setia walaupun dia tak pernah ada istilah couple dalam hidupnya. Pada dia, perempuan itu lah cinta manis dalam hidup. Terasa begitu sangat selesa bila bersama. Ada pada masa tu, mereka berdua pernah menyertai satu projek assignment tentang sebuah filem di Selangor. Alangkah indahnya perhubungan mereka, nak dikatakan sepanjang projek tu berlangsung, tak lepas pandang walau sedikit pun. Rasanya korang dapat tahu situasi mereka bercinta tu macam mana. Kesana kesini, menikmati cerita yang indah, berkongsi pengalaman, gembira sama2, sedih sama2, siap pula si Ashraf hadiahkan cincin untuk perempuan tu. Namun, pejam celik pejam celik, bila Allah kata perempuan itu bukan jodoh dia maka bukan lah.
Setelah 3 bulan berkenalan, namun hati dia diakhiri dengan kesakitan yang sangat perit. Ashraf dapat tahu perempuan itu sudah berpunya dengan seorang lelaki yang Ashraf sendiri kenal dan hari2 nampak. Dia simpan akan kesedihan yang dirasai dan disaat pertemuan dia dengan perempuan itu, Ashraf ada seorang kawan rapat. Dia sering meluahkan perasaan gembira, sedih, ragu dan sesal. Dia pernah berjanji dengan kawan karibnya untuk ubah demi perempuan itu, dia sanggup lakukan apa sahaja, sanggup korban masa dan tenaga bersama perempuan tu. Menjadi lelaki yang terbaik adalah matlamat utama ashraf. Ashraf juga pertama kali menangis untuk perempuan idamannya. Ada 1 lagu yang dia bagi pada perempuan tu, tajuknya "tiada lagi kidungmu" yang dinyanyikan oleh band Kyoto protokol, siap bagi lirik kat perempuan tu, lirik itu bertindih dengan skrip perfileman mereka pada ketika itu, dan dia masih yakin dan percaya cincin dan lirik tu disimpan dengan rapi walaupun disimpan didalami laci.
Tapi, apakan daya, masa berlalu dengan pantas, kisah pergi meninggalkan dia dengan begitu mudah. Dia begitu kecewa dengan kehidupannya. Perempuan yang dia sanggup buat apa sahaja pergi tinggalkan dia. Bagaikan tak percaya, seorang yang dianggap playboy oleh perempuan lain sanggup gadai masa, tenaga, hidup, menanam sikap ingin berubah untuk perempuan idamannya. Masih tidak nampak juga oleh si perempuan itu.
Sambung pula perkenalan kedua bersama perempuan ala-ala Nora Danish. Atas dasar tabah dan tak putus semangat dia berjumpa pula dengan Nora di sebuah bilik impian, dan saat itulah dia mula jatuh hati pada Nora. Nora ni, Ashraf kata kecil orangnya, manis, menawan, cantik pada senyuman, manja dan senang hati bila lihat wajahnya. Dia pun teruskan perkenalan bersama Nora dengan hati yang sangat gembira. Perangai Ashraf sangat manja bila bersama Nora, mereka ni boleh dikatakan ada ciri muka yang hampir sama. Orang cina kata ini ong, muka sama mesti jadi suami isteri.
Perbualan dan pergaulan mereka semakin lama semakin rancak walaupun mereka berkawan. Semakin hari semakin rapat, dah macam suami isteri. Hubungan mereka tak lekang, ada je yang mengusik hati. Mereka berdua juga sering gaduh manja, salah kan itu, salah kan ini, tapi selepas berapa minit mereka berbaik semula. Hurmmmm, boleh bayangkan mereka ni sangat manja dan sweet.
Pada satu malam dia sebuah kampung monak, mereka berbual dan meluahkan sesuatu di halaman kampung. Tidak sangka, Nora ada hati dengan Ashraf, dia terkejut dan sanggat gembira dengan luahan Nora. Ashraf kata, hati ni bagaikan nak tercabut dengan keputusan Nora. Dalam gembira ada sedihnya, itu kita perlu ingat wahai manusia sekalian. Kita baca pula dengan kisah sebelum kegembiraan Ashraf.
Sejak perkenalan Ashraf bersama Nora, Nora ada kawan baik bernama Iffa. Iffa ni pula dari A-Z mengenali hati budi Nora, semua hal Nora, iffa ambil tahu. Iffa ni seorang perempuan yang baik dan dia tidak berniat memburukkan sesiapa dalam situasi ini. Ashraf yang mendesak Iffa untuk ceritakan siapa Nora sebenarnya. Iffa lakukan atas dasar kesian dengan Ashraf, sebab Iffa nampak kejujuran Ashraf dalam hubungannya dengan Nora.
Iffa menceritakan pada Ashraf bahawa Nora sudah pun berpunya. Nora sudah mempunyai hubungan dengan lelaki lain yang berasal dari Melaka dan lelaki itu saudara kepada Iffa sendiri. Jujur Ashraf tekankan sekali lagi, Iffa bukan seorang kawan yang ingin tikam belakang, cuma Iffa mahu Ashraf move on, dan Iffa rasa sangat kasihan pada Ashraf. Hubungan Nora dan lelaki itu hampir setahun, itu yang memeranjatkan Ashraf sekali lagi. Dia hampir putus harapan dengan Nora. Iffa rasa sangat bersalah kerana dia menceritakan kesemua tentang Nora.
Nak dipendekkan cerita, Nora ni seorang perempuan kaki clubbing, Nora juga pernah tonggak arak, merokok dan suka menghabiskan duit lelaki, itu dulu, sekarang saya (penulis) percaya dia sudah berubah. Tapi Nora ni juga dalam keburukannya ada juga baiknya, Nora jenis yang tidak kedekut dan suka membantu kawannya dari segi kewangan. Sebab itu kita ni tak boleh menilai orang pada jahatnya 100%. Pandang kebaikannya juga. Selain itu, Nora juga pernah berkenalan dengan lelaki jutawan Malaysia yang menaiki lamborgini. Bertapa untungnya Nora, lelaki jutawan itu juga pernah membelanjakan percutian ke Jepun bersama Nora. Selain itu, selepas mengenali lelaki jutawan itu, Nora juga pernah berkenalan dengan suami orang. Si Suami orang yang menjaga makan dan minum, kalau tak cukup pun diberikan juga itu ini, alangkah teruknya semua perangai Nora yang Ashraf sendiri tidak percaya. Dalam masa yang sama juga dia masih bercinta dengan lelaki Melaka itu.
Iffa juga ada menceritkan bahawa si lelaki suami orang tu tahu akan hubungan Nora dengan lelaki Melaka tersebut, tapi masih juga si lelaki suami orang tu mahukan Nora. Ahsraf masih pelik dengan kelakuan lelaki tu. Yang lebih memeranjatkan Ashraf lagi, si suami orang tu tak kisah pun Nora ada lelaki lain, cuma dia mahu tahu dari mulut Nora yang Nora ada atau pun tidak dengan lelaki lain. Jelas sekali, Nora masih tidak mahu mengaku dan menjawab soalan suami orang tu walaupun dah kantoi banyak kali yang Nora pernah bawa lelaki Melaka itu datang ke rumah sewa yang dibayar oleh si suami orang. Perangai Nora ni pula jenis yang memang tak nak mengaku.
Akhirnya, si suami orang itu pun meninggalkan Nora dengan menarik balik condominium yang diberikan pada Nora di Damansara. Hilang lah seorang banker Nora yang selama ini membela dan menanggungnya. Dalam hal ini, Nora menyalahkan Iffa atas kehilangan segalanya. Sehingga sekarang Nora masih menyalahkan Iffa dan tidak mahu mengaku kawan. Iffa terima dengan hati yang terbuka. Dengan keadaan Iffa yang begitu, penulis mendapat tahu bahawa Iffa sudah pun bahagia bersama lelaki kacak yang sudah menamatkan pengajian di UITM.
Ashraf pernah bagitahu pada saya (penulis) bahawa Nora ni muka rezeki, sebab Nora ni lawa, kecil-kecil, manja dan sangat penyayang. Maka tak mustahil lah kalau dia dapat lelaki kaya, cuma Nora kekurangan dari segi kepercayaan, Nora juga tidak ada sikap berpendirian sendiri, tapi kebaikannya masih terpancar yang kita harus nilai dan pandang. Penulis berharap Nora akan berubah dan kembali semula kepada lelaki yang sangat mencintainya iaitu Ashraf. Penulis juga ingin menerangkan pada anda semua bahawa, Ashraf terlalu sayangkan Nora sehingga sekarang, cinta Ashraf bersama Nora diaanggap cinta pertama dalam hidup Ashraf.
Seburuk-buruk Nora, Ashraf masih melihat kebaikan Nora, dan walaupun Nora sebegitu dia boleh menerima baik dan buruk Nora walau apa pun. Itu lah cinta Ahsraf pada Nora. Sehingga sekarang Ashraf hanya mampu menunggu kepulangan Nora semula. Ashraf berjanji akan menjadi lelaki yang tebaik di dunia. Dia juga hanya mampu menangis dalam hati setiap hari. Apa yang Ashraf mahukan Nora sentiasa dalam keadaan baik dan sihat. Ashraf masih rindukan Nora sehingga hari ini.
Kita masuk pula kisah sahabat setia selamanya. Ashraf mempunyai ramai kenalan, baik perempuan baik lelaki. Jenis dia ni suka berkawan dengan orang yang lagi atas, sebab tu orang ingat kan dia ni dah macam "bapa muda", dengan gayanya, kena sangat dengan gelaran itu. Tapi dengan kisah 4 orang sahabatnya, Gigi, Abg Sado, Si Ustaz, dan Gemok (bukan nama sebenar) sangat istimewa. Ashraf sangat rapat dengan 4 orang sahabatnya dan boleh dikatakan kalau balik kampung mesti dan wajib jumpa mereka ni. Persahabatan mereka cukup bermakna.
Dalam keempat-empat kawanya yang paling baik dan soleh adalah Abg Sado, dia ni sangat mementingkan solat dan bijak dalam jurusan accounting dan sekarang bekerja sebagai Ass. Accounting di sebuah kilang, mempunyai ciri yang sangat perama,h malu dan sopan, dalam percintaan dia sangat setia. Ashraf gemar melepak dengan Abg Sado sebab Abg Sado ni sangat pelawak dan suka menghiburkan hati Ashraf. Ashraf memang tiada masalah dengannya sepanjang perkenalan mereka. Lain pula dengan Si Uztaz, dia ni belajar di Universiti Islam yang terkenal di Malaysia, sikapnya sangat gila, panas baran, dan suka memaki hamun orang, tapi sikap yang Ashraf paling suka ialah Si Ustaz ni handal dalam bab agama. Ashraf suka menerima nasihat dan pandangan dari Si Ustaz dalam bab agama. Itu satu kepuasan bagi Ashraf, selain itu Si Ustaz ni mempunyai gelak yang mampu membuat orang tak kering gusi dan selalu dibuli oleh Gigi sehingga sekarang.
Kisah Gigi pula lain, dalam bab perkhawinan dan percintaan Gigi sangat handal. Gigi bercinta dengan Wahida hampir 4 tahun, dan dia selalu menginginkan pelamin dan anak yang ramai. Sikap Gigi ni kadang-kadang annoying, dia suka mengkritik orang dan suka bercakap tapi berbalik pada dia. Gigi seorang yang peramah dan sangat baik orangnya. Kesetian dalam percintaan Gigi sangat lama berbanding dengan kawan-kawan yang lain. Mereka berdua bercinta sejak dari sekolah, dari pahit hingga ke manis, susah dan senang pun bersama. Wahida pula sekarang sudah tamat STPM dan sekarang Wahida menjadi guru sementara di sebuah sekolah dimana mereka bertemu cinta sejati. Alhamdulillah.
Masuk pula cerita Gemok, Gemok ni sayang penyanyang, baik hati, dan tidak kedekut, dia pula handal dalama bahasa Inggeris. Gemok ni pula bercinta dengan anak Dato', kisah percintaan mereka sangat seronok dan kadang-kadang sangat rumit. Mereka ni dua kali putus cinta akibat tidak ada kepercayaan masa tu, biasalah budak sekolah, asal keluar sikit dengan perempuan lain dikata aweks. Dengan sikap sabar dan menanam perkataan setia, mereka berdua akhirnya bercinta sehingga sekarang dan dengar cerita pula mereka akan bertunang tidak lama lagi.
Persahabatan, kita tidak boleh dan tidak mampu mengungkapkan dengan sahabat yang kita akan gembira selalu, keperitan dalam berkawan juga boleh dirasa jika kita tak menjaganya dengan baik dan sempura. Kisah 4 sabahat ni selalunya boleh dikaitkan dengan bermacam-macam persoalan. Antaranya pergaduhan, dalam keempat-empat sahabat ini, akan ada cacat cela, terutamanya dalam bab perpisahan sementara. Memang sedih bila berpisah, yang itu berkerja, yang itu sambung belajar, selepas tamatnya pengajian, kesemuanya berubah dari segi perangai. Pergaduhan akan sering berlaku jika salah sorang dari mereka tidak berkongsi pada yang lain, dan akan muncul salah faham antara mereka. Yang paling sedih bila seorang dari kawan tak pernah nak faham keadaan kawan yang sangat sibuk dalam dunia belajar dan politik. Mereka sering menyalahkan kerana tak beri masa, lupa kawan dan sebagainya.
Mereka sering mengatakan bahawa persahabatan mereka tidak lama, punca ini kerana salah faham diantara masa dan kawan-kawan. Ada ketika itu, mereka memulaukan erti persahabatan, mereka saling kutuk mengutuk antara satu sama lain, sehingga melibatkan pergaduhan yang teruk. Ada yang tikam belakang, menipu sana sini, menjual keburukan antara satu sama lain. Gemok dan Gigi pula gaduh tentang tidak menepati masa dan mungkir janji. Jika kita lihat perkara ini sangat kecil tetapi kesannya sangat mendalam jika kita tidak reti dan tidak mahu menjaganya.
Si Ustaz pula dengan sikap panas baran dan selalu mempunyai masalah keluarga dan selalu menuduh sahabat punca tidak faham. Perkara ini berlaku sehingga Ashraf menitiskan air mata kerana tidak mampu menjaga hati sahabatnya yang lain. Dia menangis kerana dia menggangap segala punca bermula dari dia. Akhirnya, pada hari selasa 23 Mac mereka berjumpa untuk membincangkan hal persahabatan mereka, kebetulan hari tu semuanya tiada hal dan sanggup mengetepikan ego dan hal penting semata-mata untuk menyelesaikan masalah diantara mereka.
Akhirnya, Ashraf orang pertama mengalirkan air mata untuk membasuhi semua kotoran dan caci yang telah berlaku dalam persahabatan mereka. Ashraf menceritakan kenapa dia berlaku sebegitu, dia tidak sanggup melihat sahabatnya bergaduh kerana perkara kecil. Saya (penulis) dapat bayangkan kasih sayang dan pengorbanan seorang sabahat yang ingin kan kesetian dalam persabahatan, bukan cinta sahaja yang kita setia malah sabahat juga diketagorikan sebagai cinta yang mencari kesetian dan kebahagiaan. Ashraf menangis teresak-esak membetulkan keadaan, dia sanggup menggadai masa dan hidup untuk sahabatnya.
Setelah selesai masalah Ashraf, dia tidak lekang dengan berbagai masalah. Hidup kita akan sentiasa ada masalah dan hidup kita umpama roda, kadang kala dia atas, kadang kala di bawah. Hidup tak sempurna, tapi hidup boleh diatur menjadi sempurna dengan adanya berkat usaha dan doa. Benjanji dan mentaati perintah Allah adalah perkara penting, mentaati ibu bapa juga penting untuk mendapatkan kebahagian didunia dan diakhirat.
Selepas 3 tahun dalam dunia politik dan belajar, Ashraf didapati terlibat dengan satu kemalangan kapal terbang ketika dia dalam perjalanan pulang dari London atas urusan dua hala kerajaan. Pemergian Ashraf sangat menyedihkan kawan-kawan, keluarga dan negara terutamanya Nora. Sahabat berempat menangis diatas pemergian Ashraf, dalam hidup mereka, Ashraf seorang yang sangat menjaga hati kekasihnya dan sahabatnya walaupun mereka tidak nampak, berkat kesabaran dan ketabahan Ashraf yang menanggung cacian dan pandangan buruk dari orang lain memberikan kesan dan pengajaran yang harus kita ambil ikhtibar. Selain itu, bekas kekasihnya sehingga kini menyesal kerana tidak menghargai Ashraf ketika dia masih hidup.
2 tahun kemudian, Nora berubah dan menjadi seorang wanita yang berjaya, dia juga sudah menjadi seorang kakak dan anak yang sangat penyayang dan baik. Setiap malam Nora terkenangkan pemergian Ashraf dan Nora sangat rindukan Ashraf, Nora teringat dengan pengorbanan, kasih sayang, kesetiaan dan kejujuran Ashraf selama ini. Ashraf kini tinggalkan kenangan buat Nora dan Sahabatnya.
Akhir kata, saya (penulis) ingin menasihati semua pembaca bahawa, Allah, cinta, sahabat dan keluarga harus dijaga dengan baik dan rapi. Memang perit kita sebagai manusia nak puaskan hati semua orang, tapi cubalah sedaya mungkin. Memang juga kita dilihat sebagai orang bodoh kerana hati orang lain kita jaga tetapi hati sendiri merana tak sudah. Kebaikan yang telah kita buat akan dipulangkan semula dengan kebaikan. Semamangnya Allah itu maha adil. Titiskan lah air mata untuk orang yang kita sayang walaupun mereka memandang serong dan tidak percaya pada kita. Jika kita buat itu adalah benar jadi biarkanlah pada mereka yang menfitnahnya.

Sekian.
(27-29/5/2014)
-Audi Hamid-
