Ramai yang tidak faham apa yang
saya ingin sampaikan kepada semua. Selain itu, seluruh kenyataan tersebut adalah
ikhlas dari saya dan tidak ada kena mengena dengan perpecahan, pemusuhan, benci-membenci
diantara sesama ahli dan orang lain. Semoga apa yang saya katakan dapat memberi
manfaat yang baik bagi yang benar-benar bijak memahami luahan saya.
1. Ini adalah pandangan peribadi saya sebagai orang muda dan saya tidak mewakili mana-mana parti politik dan saya juga tidak sesekali diracun oleh mana-mana pihak.
2. Walaupun saya bukan sesiapa, saya bawa suara orang muda dan
akar umbi samaada secara langsung ataupun tidak kerana mereka inginkan
pembaharuan dalam UMNO/ BN dan juga pembaharuan Pemimpin yang berkualiti.
3. Bagi saya populariti BOSSKU bukan pengukur Dato' Sri Najib masih terbaik buat masa sekarang kerana beliau masih terpalit dengan isu-isu yang terpahat di hati rakyat. Sehigga kini orang muda diluar sana menggangap DSN perompak duit mereka.
4. Walaupun baru 8 tahun saya bersama UMNO, kekalahan PRU lepas membuatkan saya amat kecewa, sedih dan terkilan. Namun saya tetap menerimanya dengan ikhlas dan sama-sama belajar dari kesilapan.
5. Saya akur dengan kehebatan DSN ketika menjadi Perdana
Menteri, beliau terlalu banyak membantu orang Melayu, memperkasakan agama
Islam, bangsa dan negera Malaysia, tidak lupa juga jasa beliau terhadap orang
Cina dan India.
6. Buat masa sekarang, sehebat mana pun beliau dalam arena politik dan mendapat sokongan padu dari orang luar beliau sepatutnya buktikan sekurang-kurangnya 90% isu yang terkini dan kembali pada waktu yang tepat.
7. Saya tidak pernah sesekali benci dan hina DSN sama ada di khalayak ramai mahupun di dalam parti UMNO/BN. Saya cuma tidak menyokong kembalinya beliau didalam UMNO/BN dalam tempoh yang singkat ini.
8. Sewaktu BN diumumkan kalah besar dan memalukan, ramai ahli UMNO/BN yang mengherdik, mencaci, mengutuk dan menyalahkan DSN adalah punca kekalahan kerana beliau tidak mahu undurkan diri sebelum PRU bermula. Dimanakah orang-orang ini? Adakah tuan puan hanya lihat DSN sudah popular, terus U-turn menyokong beliau? Maksudnya anda sendiri yang tidak mempunyai pendirian yang kuat. Kenapa UMNO/ BN kalah? kerana anda sendiri yang undi Pakatan Harapan.
9. Jadilah bangsa yang dirinya seperti lampu, "Lampu ini sebenarnya jujur, sekali
kita nyalakan dia, mesti dia terus terang" saya letakkan sikap ini
didalam jiwa saya sewaktu saya menjadi bekas Pegawai Khas Media Datuk Nadzari
Dahlan. Kerana beliau, saya terus berani dan berani cakap perkara yang benar.
Biarlah mereka berkata, Pekakkan telinga dan pejamkan mata.Kepada ahli UMNO/BN anda jangan
selindung apa yang anda ingin luahkan. Kenapa perlu tipu diri sendiri? CLICK THIS https://www.youtube.com/watch?v=gAN4DHtqIf4
10. Saya tidak akan pernah koyak jiwa sekiranya ramai yang membenci saya, itu hak anda. Jika ada yang menyuruh saya keluar daripada UMNO, saya tetap pertahankan keahlian saya kerana saya belajar sendiri mengenai kelebihan, perjuangan dan jasa UMNO terhadap orang melayu. Sekiranya saya dibuang dari UMNO saya terima dengan baik. Ini membuktikan mereka takut dengan semut api yang berjalan bersendirian.
11. Saya memohon maaf jika terkasar bahasa. For lovely Dato Seri Najib please do not come to UMNO/BN for right now. Come back with a calm heart and with a good evidence, show them and make me, UMNO members and RAKYAT believe in you again.
Till we meet again.
