Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada anda yang sedang membaca. Nama panggilan saya ialah Anak sawah,panggilan yang penuh makna bagi saya. Berkelahiran di Selangor dan membesar di Johor Bharu. Berketurunan Melayu Bugis. Masih belajar di sebuah institusi dalam jurusan Undang-Undang Pentadbiran Komunikasi Awam & Korporat. Anak kedua dalam keluarga. Saya memang dibesarkan dalam kehidupan yang sederhana, Alhamdulillah. Mengembara dan mencari pengalaman adalah hobi saya dan ingin menarik perhatian anak muda dan masyarakat lain.
Saya juga suka memberi idea dan pendapat untuk membentuk satu generasi pemuda kearah yang lebih baik dan sempurna. Saya juga inginkan Melayu dijaga rapi dan dipandang tinggi, berhasrat untuk membentuk pemikiran anak muda yang seimbang. Tetapi susah bagi saya untuk menyuarakan sesuatu kerana saya percaya ia tidak semudah yang disangkakan. Insyallah dengan adanya bolg saya ini, pihak-pihak atau bloger sudi membaca. Penulisan Generasi ini juga memberi dan menyatakan suatu hak dan pendapat tentang remaja.
Selain itu, saya juga seorang anak muda yang inginkan perubahan yang luar biasa mengikut cara dan peraturan yang betul. Dalam kehidupan anak muda sememangnya dipandang remeh dan tidak diendahkan, tetapi dengan doa dan semangat yang kental, saya tetap akan memperjuangkan generasi anak muda Melayu dan akan memperjuangkan bangsa Melayu Islam serta bumiputra dan juga kepada bangsa-bangsa yang berbilang kaum di Malaysia.
Semangat yang membuat saya masih berdiri untuk menjadi anak muda yang berwawasan adalah dari kata-kata Tun Dr. Mahathir Mohamad. Kata-kata beliau membuat saya lebih yakin pada diri sendiri dan beliau pernah berpesan "Melayu janganlah kamu mudah berputus asa pada sesuatu,cubalah sedaya upaya,dan serah pada yang maha esa" apa yang cuba beliau ingin sampaikan adalah, beliau tidak mahu Melayu terus merudum ke bawah dan putus asa pada yang belum pasti keputusannya. Tun juga seorang yang bersemangat tinggi dan selalu memesan kepada bangsa Melayu untuk tidak putus asa, beliau juga tidak pernah melupakan bangsa dan kaum lain untuk memberi semangat yang padu.
Inpirasi beliau membuatkan saya (Anak Sawah) menjadi lebih matang dan bersemangat jauh dan padu. Perjuangan orang dahulu harus diambil kisah dan perhatian, supaya anak muda membuka minda dan hargai jasa-jasa mereka.
Jadi lah anak muda yang menghargai pada sesuatu perkara yang menjadikan kita hidup aman dan sentosa. Jangan terlalu kalut dan terpedaya pada pujukan yang boleh merosakkan akal fikiran dan diri sendiri.

No comments:
Post a Comment