Dalam kehidupan ada juga manusia masih katakan hidup mereka SEMPURNA dan tiada cacat cela. Ada juga segelintir mengatakan hidup mereka tidak sempurna dan penuh dengan kata-kata hina dan keji. Adakah kehidupan kita ADIL? dan wujudkah KARMA?.
Pandangan saya dalam Celup Air Rasa Api ini adalah, saya ingin mencerita kisah kehidupan seseorang kepada setiap peringkat umur. Saya percaya sepanjang kehidupan anda pernahkah anda terlintas dengan perkataan 'PERLUKAH AKU HIDUP DIDUNIIA INI?', saya juga pernah berkata begitu ketika saya dikecewakan, ketika saya putus harapan, ketika saya menerima bala dan musibah dan anda juga pernah berkata 'ADAKAH INI KENIKMATAN DUNIA YANG AKU RASA' ketika kita rasa gembira,hidup senang, hidup dengan hari tanpa masalah. Tetapi dengan berkat ALLAH, kita dihidupkan untuk menerima cabaran dan dugaan sebagai manusia untuk kita membina jati diri dan semangat. Setiap detik kita mempunyai masalah, masalah untuk berjalan, masalah untuk memikir, malah minum juga jadi salah satu masalah. Adakah masalah tiada jalan penyelesaian? Ya ada. nak selesaikan masalah ada cara mudah dan susah, itu terletak pada diri masing-masing bagaimana kita mahu selesaikan masalah.
Hidup ini bagaikan roda atau bagaikan celup tangan pada air dan bila dirasa panasnya seperti api yang membara. Api yang membara itu adalah semangat tapi bukannya marah. Air pula umpama pandangan mata kita yang dikalis, contoh, setiap manusia mempunyai cabaran seperti ketidakcukupan wang, apa yang kita nampak dan fikir wang itu sangat bernilai, tapi pernahkah anda terfikir bertapa peritnya kita nak dapatkan wang tersebut. Kita tidak boleh mendapatkan wang dengan mudah, perompak pun akan lalui perjalanan yang perit untuk mendapatkan wang. Seperti kita juga, bertungkus lumus mengharungi perjalan perit seperti jalan diatas api berusaha untuk mendapatkan wang.
Selain itu, kalau betul dunia ni adil kenapa ada baik dan jahat? kenapa ada betul dan salah? memberi betul kepada yang salah dan memberi salah pada yang betul. Jadi kemanisan hidup akan dirasa jika kita sendiri yang mambancuh kemanisan tersebut. Selain itu, hidup paling mencabar apabila kita dipinggirkan atau dikutuk dengan cacian yang hina dengan pandangan kita yang masuk akal, tetapi pada mereka ianya hanya adalah idea yang kolot dan boleh menyekat minda pelajar atau masyarakat. Kadang-kadang hati panas membara, bila didepan mata memandang seperti air yang jernih, tetapi itulah sikap manusia yang ada jahat disebaliknya. Ini semua lumrah hidup yang perlu kita atasi dari semasa ke semasa.
Kita juga perlu ingat bahawa tidak semua orang suka pada kita dan kita juga perlu ingat masih ada insan yang sayang dan mengabil berat tentang kita. Jadi pada anda, adakah dunia ni adil? tepuk dada tanya iman. Manusia tidak akan puas dengan apa yang mereka dapat, manusia tak puas dengan apa yang ada didunia. Ada manusia seperti air ada manusia seperti api. Kedua2 manusia ini kita perlu berjaga-jaga kerana mereka yang baik pasti ada niat jahat, yang jahat pasti ada niat baik. Hasrat dengki sentiasa disekeliling kita.
Jadi kesimpulan apa yang saya sampaikan, hidup ini harus ada baik dan jahat. Jika terlalu baik orang akan pijak kita, jika terlalu jahat orang akan membenci kita. Syukur pada yang Maha Esa. Sekian -Anak Sawah-

No comments:
Post a Comment