Kisah waktu malam, pada 9 october 2013, saya dan kawan-kawan mengalami peristiwa malam yang saya sendiri tak jangka akan berlaku. Jam 1am, setelah saya dan kawan karib saya (Yazid) baru sahaja pulang dari kolej atas kerja event Photo Exhibition yang akan berlangsung pada keesokan harinya, tepat jam 1.02am, saya menerima panggilan dari seorang lagi sahabat baik saya, bila ditanya kenapa, salah seorang kawan saya kemalangan di simpang MRR2.
Saya dan Yazid bergegas ke tempat kejadian. Setelah tiba, kereta yang dipandu oleh kawan saya iaitu kereta Viva dan sebuah lagi Kancil yang dipandu oleh Wan Iqbal Abid dan ditemani oleh Areel. Mereka dihentam dari belakang oleh cina 'mabuk' yang memandu kereta Myvi Sport. Kejadian ini bukanlah salah mereka, kerana mereka telah pun berhenti dilampu isyarat merah. Setelah saya turun dari kereta, kereta Viva mengalami kerosakan teruk didepan dan belakang, Kancil hanya mengalami kerosakan dibelakang, dan Myvi di hadapan. Tetapi Alhamdulillah ada sekumpulan abang Melayu sado dan muka buragas dengan setiap orang ada walkie talkie dibelakang, mereka sudi tolong kami anak-anak muda Melayu ni.
Masa tu rasa lega lah kawan-kawan selamat, bukan apa risau la kalau apa-apa jadi kat kawan, mana tahu cina tu gangster ke apa. Setelah 1jam bincang, Abang Wan iaitu 'towing driver' memberitahu saya supaya membuat laporan polis di BALAI POLIS PUSAT BANDAR, pada asalnya saya masih ragu2, kat mana pulak balai polis tu, KL bukan kecik, lubang tikus pun ada balai.
Disebalik cerita ini, saya dan Yazid terpaksa meninggalkan kawan2 saya yang lain di kolej kerana pada mulanya mereka ingin menumpang balik ke rumah, maklum lah dah pukul 1pagi masih menahan mata melakukan kerja, tetapi disebabkan hal ini saya minta maaf kerana tak dapat membantu, dan Alhamdulillah, salah seorang dari kawan mereka sudi membantu.
Sambung semula, selepas diarah ke balai polis, saya pun bergegas lah ke balai polis tanpa menghiraukan masa. Asalnya saya dan Yazid merancang untuk balik ke rumah untuk berehat, tapi apakan daya kawan ada masalah, tak kan nak diam. Kami pun lalu di bulatan Cheras dan menghala ke arah JALAN LOKE YEW. Dengan keadaan bengang, marah, penat, mengantuk, tak semangat, tiba-tiba kami diekori dari belakang, pada mulanya kami pun tak hiraukan dengan mereka, tetapi! bila saya kekiri mereka pun kekiri, bila saya kekanan mereka pun kekanan. Hati saya mula ragu2 dengan perangai gila jam 2pagi macam ni, dalam hati nak mampos jugak orang belakang ni. Oh ya sebelum saya terlupa, ketika itu kami bergerak dengan dua buah kereta, Kancil dan Savvy. Saya sedang memandu Savvy dan kawan saya memandu Kancil, yang mengekori saya adalah kereta Vios TRD.
Dalam masa yang sama saya dikejar, saya memecutkan kereta saya untuk memberi peluang kepada dia memotong saya, tapi kejadian semakin pelik kerana dia juga memecut dan mengekori saya juga. Tiba-tiba dia memotong kereta saya dan mereka menekan 'break emergancy' dan saya juga terpaksa melakukan perkara yang sama sebab jika saya tak break saya akan langgar dibahagian belakangnya. Perkara ini dilakukan sebanyak tiga kali, setelah kali ke3 saya dikepung pula dengan kereta Waja disebelah sisi kiri kereta. Keadaan mula panik dan riuh didalam kereta kerana kami dikepung oleh 2 orang cina dan seorang India, dalam masa yang sama juga mereka suruh saya berhenti di bahu jalan, tapi disebabkan saya fikir akan faktor keselamatan, saya nekad untuk teruskan perjalanan.
Ketika saya berada di flyover stesen Kereta Api Kuala Lumpur saya mendapat panggilan dari kawan saya supaya berhenti ditepi jalan kerana Abang Wan mempunyai seorang kawan yang bekerja sebagai LONGKAI iaitu mengejar penyamun berkereta, tetapi saya tetap mengendahkan arahan tersebut. Setelah menghampiri simpang ke dataran Merdeka saya memberhentikan kereta diantara simpang Dataran Merdeka dan simpang menghala ke PWTC. Ketika itu, kereta Vios berada dihadapan saya,dan kereta waja disebelah kanan Vios diikuti dengan teksi di sebelah kanan saya, dan ada beberapa buah kenderaan lain di belakang saya.
Ketika itu, kereta dibelakang saya membunyikan hon kerana mereka tersekat. Mahu tak mahu saya dan Yazid bercadang untuk menunggu didalam kereta, dan saya pula bercadang, jika dua orang cina itu keluar, saya akan terus belok ke kiri dan lari. Pada waktu itu, disebelah kanan saya ada seorang penumpang teksi menyuruh saya menurunkan tingkap kereta, tanpa fikir panjang saya membuka tingkap dan penumpang teksi suruh kami 'bla cepat dan selamatkan diri', dalam hati saya mula berfikir mereka sememangnya penjenayah yang ingin menyamun kami. Tak sempat ucap terima kasih, saya terus memecut masuk ke dataran Merdeka dan saya bersembunyi di belakang banggunan.
Mujur dua orang cina tadi tidak dapat mengejar kami kerana Yazid perasan mereka diblock oleh kereta lain. Apa yang saya fikir, ini adalah malam terakhir saya hidup kerana saya percaya mereka mempunyai senjata. Setelah beberapa minit LONGKAI pun tiba di lokasi dimana tempat saya berlindung, nasib ada LONGKAI yang selamatkan kami dan dia bertanya kearah mana kereta itu pergi, dan Yazid menceritakan.
Saya dan kawan yang lain terus ke balai Polis untuk membuat laporan kemalangan. Sejurus tiba di BALAI POLIS PUSAT BANDAR, saya mendapat tahu bahawa kereta waja dapat diberkas. Syukur pada ALLAH telah selamatkan kami semua. Bila nak difikirkan kembali pada kejadian tersebut, saya dan rakan saya sendiri dapat merasakan bertapa susahnya nak mengharungi situasi sebegini. ALLAH yang maha esa sahaja yang tahu keadaan kami ketika tu.
Apa yang ada dalam fikiran ialah, MATI dan berserah padaNya. Jadi peasanan saya, janganlah keluar lewat malam, kadang2 benda yang tak pernah terfikir akan terjadi, akan terjadi juga dan niat pada malam itu ingin ke Balai Polis untuk buat report kemalangan tetapi perkara yang lain pula muncul. Sedangkan perjalanan kami adalah perjalanan dengan niat yang baik bukannya nk pergi Clubbing ke apa. Nampak tak kuasa ALLAH, niat baik dan jahat akan sentiasa diuji. Sekian -Anak Sawah-
No comments:
Post a Comment