
"Melayu jangan kau layu, Melayu jangan kau lupa, Melayu jangan kau leka, Melayu jangan kau hapuskan adat resam, Melayu bersatu lah, Melayu pimpinlah dan Melayu jangan kau mudah putus asa". Sedih bila Melayu sendiri tak mengaku mereka adalah Melayu. Apa yang mereka mengaku adalah mereka bukan Melayu lagi. Adat Melayu terus dilupakan. Kita nak salahkan siapa? Sekarang anak muda lebih ke arah barat, kenapa? baiklah. Kerana apa Melayu lupa, kerana anak muda kurang diberi pendedahan tentang apa itu Melayu. Kisah Melayu hanyut dibawa ombak, mereka hanya merasakan Melayu hanya pada nama dan tiada lagi perasaan cinta terhadap adat resam dan cara Melayu mengajar kita, malahan mereka meletakkan Melayu jauh di penghujung laut yang sunyi dan sepi.
Saya ceritakan semula, Melayu adalah bangsa yang sangat sopan didunia, dari segi makan, cara bersalam, cara bertegur dan banyak lagi Melayu mengajar kita supaya sopan dengan masyarakat lain. Tetapi mereka memandang remeh. Ada juga Melayu yang BODOH yang menyalahkan bangsa sendiri, mengkhianat bangsa sendiri, menghina bangsa sendiri dan memperbodohkan bangsa sendiri.
Didikkan tentang Melayu bukan hanya pada buku, tetapi kita harus mengajar mereka dengan cara perbuatan dan kata-kata semangat jika mahu Melayu terus maju. Melayu malas dan suka menipu, Melayu suka mengambil cara mudah, boros, cetek akal itu pandangan bangsa lain terhadap orang Melayu kerana kita sendiri yang menggubah Melayu kearah tidak baik dan menggubah Melayu menuju kearah kegelapan, sehingga bangsa lain berani memijak dan menghina bangsa Melayu.
Anak Melayu mudah putus asa, dan mudah mengalah. Apa yang kita lihat sekarang, Melayu bergaduh sesama sendiri kerana jawatan, pangkat, kuasa. Ego inilah yang memudah kita jatuh dari bumi sendiri, tanah air kita. Dimana Melayu yang dahulu? dan kemana Melayu yang sekarang? hilang, sepi, dan bersembunyi pada bangsa lain?. Renungkan.
Saya sebagai anak muda, bukan mahu menjadi anak muda Melayu yang rasict, TIDAK! saya mahukan anak muda bangkit dari tidur, memperjuangankan orang Melayu, membantu orang melayu dari segi ekonomi, perniagaan. Tetapi! bila Melayu diberi pertolongan, ada juga yang masih lupa diri, tidak menghargai apa jasa orang-orang Melayu yang sudah membantu kita dari segala jenis. TERUSKAN PERJUANGAN dan MENJAGA KEBAJIKAN ORANG MELAYU.
Kita harus jadikan bangsa lain sebagai contoh untuk kita terus sedar dan bersemangat seperti mereka, bersaing dengan cara yang betul. Lihatlah bangsa kita sendiri, masih kucar kacir, anak muda bersepah,berkeliaran, menagih simpati. Bangkit, cari pihak yang boleh membantu kita, cuba jadi anak muda yang berfikiran bernas, memberi idea yang membantu sesama kita, bukan kita menghina satu sama lain.
Jadi Melayu, fikir siapa yang banyak menolong kita jika bukan Melayu, banyak perkara yang lebih besar yang kita boleh dapat manfaat, bukan untuk kita sendiri, malah untuk Melayu dan bangsa2 lain. Kita tidak perlu bergaduh antara Melayu sendiri dan kaum lain. Kita yang harus menjadi contoh kerana pada asalnya ini adalah TANAH MELAYU.
Pada saya, memang saya suka mengalu-alu kan bangsa lain datang ke negara Malaysia supaya kita dapat belajar tentang perpaduan, nilai murni, adat resam mereka, dapat belajar menghormati orang lain. Jika kita bekerjasama, saya percaya Melayu akan lebih maju, dapat melahirkan anak-anak Melayu kearah masa depan. Sekian -Anak Sawah-


No comments:
Post a Comment