Y

Y
Aidil Audi Abdul Hamid

Saturday, 19 October 2013

Orang Muda Dan Dua Otak


   Seperti yang kita lihat pada zaman dan tahun yang semakin lama semakin tua, pendapat seseorang adalah dari pandangan masing-masing. Apa yang kita sangka atau tidak ini adalah realiti hidup seseorang terhadap sesuatu. Pendapat oleh seseorang harus didengar dan dinilai serta memahami cerita yang ingin di sampaikan. Pendapat anak muda kini adalah pendapat atau pandangan yang sangat segar dan yakin. Dalam hal ini, kita tidak oleh terus menyekat pendapat atau pandangan orang lain sebagai pandangan yang buruk. Kisah anak muda terhadap apa jua situasi seperti becakap tentang dunia, akhirat, kehidupan dan salah satu faktor yang menarik adalah bercakap tentang 'POLITIK di USIA MUDA' . Kadang kala, ada sesetengah orang kata politik di usia muda adalah politik busuk, atau politik budak-budak dan politik jagung. Tetapi pada saya, politik adalah bebas untuk kita menceritakan jika kita tahu faktar, cerita yang sahih, tidak memburukkan mana-mana pihak, menilai faktar dan mengkaji faktar cerita tersebut.

   Apa yang saya tahu dan nampak didepan mata saya sendiri adalah, anak muda terlalu sibuk menyalahkan sesama sendiri, menceritakan segala keburukan, dan mengetepikan segala kebaikan. Cerita itu ini dengan cerita yang kosong, cerita sesuatu tanpa menilai dan mengkaji, cerita dengan hanya sekali dengar dan sekali pandang.

   Anak muda seharusnya menjadi 'ORANG MUDA DAN DUA OTAK'. Orang muda dua otak ini bermaksud 'menjadi remaja yang menilai kedua-dua masalah', untuk memahami cerita lebih lanjut yang saya  ingin sampaikan adalah, orang muda tidak haruslah menilai sebelah pihak sahaja. Pihak yang saya maksudkan ialah mana-mana pihak yang anda pilih untuk memantapkan negara. Cuba kita bertukar menjadi orang muda yang mencari keburukan A & B dan mencari kebaikan A & B, dan kita bandingkan buruk dan salah kedua-dua pihak menjadi seimbang. Jika kita menilai dengan seimbang, saya percaya orang muda akan membentuk sesuatu fikiran atau idea yang bernas untuk menggubah masalah-masalah menjadi satu masalah yang boleh diselesaikan. Sebab itu saya katakan, jika orang muda ada (dua otak) seperti ini, orang muda lebih berkembang dengan fikiran yang bernas, berfikiran seimbang dan berfikiran sihat serta mengelakkan kita dari dosa memburukkan mana pihak, lagi-lagi sesama MELAYU dan ISLAM.

   Perkara seperti ini, menilai dan mempertahankan sebelah pihak sahaja, boleh menyekat pemikiran orang muda, dan pemikiran mereka boleh menjadi sempit, kurang menyerlah, memberontak serta akan wujud perasaan benci, marah, dendam terhadap seseorang atau benci dan dendam terhadap orang Melayu dan Islam sendiri. Pada saya ini sangat memalukan kerana SAYA PUN MELAYU. Orang muda sekarang harus berfikiran terbuka dan segar serta seimbang supaya kita tidak mendatangkan masalah kepada orang lain. 

   Jika orang muda ingin mempertahankan sesuatu hak atau apa-apa pun, kena ada cara yang betul, tidak perlu, melalak, terpekik terlolong, terlalu fanatik, atau taksub pada sesuatu. Gunakan cara yang betul atau cara saya iaitu STEADY and COOL. Saya inginkan anak muda berfikiran seimbang, pandai dan tahu menilai sebelum menyebarkan sesuatu, dan pada saya orang muda atau sesiapa ada hak untuk bersuara, saya sendiri tidak pernah menyekat dan memburukkan sahabat saya yang lain jika mereka ingin menceritakan apa yang mereka (orang muda) tidak puas hati terhadap sesuatu perkara.

   Kita tidak perlu menyatakan sesuatu mengikut nafsu atau ego kita, nilai dengan baik, cipta atau cari apa yang orang muda boleh menggubah sesuatu dengan ada idea-idea yang bernas. Semua insan ada perasaan, tetapi kepada orang muda yang hanya tahu 1 maklumat tapi menceritakan seperti mereka tahu segala-galanya seperti mereka pula yang membentangkan, inilah menyebabkan orang yang lebih arif tentang politik akan menggelarkan kita sebagai ORANG MUDA DENGAN POLITIK BUDAK atau POLITIK BUSUK.

   Selain itu, jika anda (orang muda) berminat untuk menyuarakan atau menceritakan sesuatu, pastikan bila orang 'attack' kita, kita boleh membalas balik dengan benda2 yang faktar dan benar, jangan jadi seperti SEPULUH JONG KAPAL BERLABUH, ANJING TETAP BERCAWAT EKOR' atau jangan jadi seperti orang yang tahu maklumat sedikit tetapi itulah yang dihebohkan dan dibanggakan. Kalau betul anda (orang muda) betul-betul minat untuk menyuarakan sesuatu saya saran dan pesankan tolong 'SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN' sebelum menyampaikan sesuatu, ia menunjukkan kita seorang anak muda yang cerdik dan bagus dalam menilai sesuatu, disamping itu barulah orang lain boleh menerima kita dengan baik tanpa permusuhan.

     Masih ada orang muda yang kolot terhadap politik, cerita umpama dia yang mengalami masalah tersebut, bangga seperti tahu semua tentang masalah yang berlaku, sedangkan orang yang sepatutnya pun steady and cool bila menanggung masalah. Orang muda harus bijak, harus ada dua otak bukan satu otak, ini adalah ciptaan baru oleh orang muda.

     Maksud ke2 untuk 'dua otak' yang saya katakan tadi ialah menilai kedua-dua masalah, memang tidak masuk akal seorang manusia itu mempunyai dua otak tetapi kita mempunyai dua bahagian iaitu kanan dan kiri dan kita juga harus mencipta sesuatu pemikiran yang baru supaya otak yang sedia ada dapat menilai perkara yang baik, dan satu lagi menilai perkara yang kurang baik, dan gabungkan kedua-duanya dan anda akan mendapat jawapanya.

     Kesimpulannya, jadilah orang muda yang berfikiran terbuka dan hapuskan berfikiran kolot dan sempit, ini merugikan kita sendiri, saya tidak mahu kata lebih, anda sendiri sudah nampak apa yang terjadi jika orang muda seperti kita ni berfikiran sempit dan kolot, terpulang pada anda sendiri cara untuk menilai. Marilah kita membina dan mencipta benda yang baru untuk masa hadapan dan keamanan negara. Sekian -Anak Sawah-



No comments:

Post a Comment