Y

Y
Aidil Audi Abdul Hamid

Saturday, 19 October 2013

Kisah Super'Man' Mencari 'Ustazah'

   Bercinta, putus, bercinta, putus, ada yang bercinta bagai nak rak, lepas 5 tahun tumpas juga, dan ada yang bercinta 5 kali dengan orang yang sama. Inilah cerita generasi muda sekarang, yang sangat kelakar dan tidak masuk akal atau diketegorikan sebagai 'GILA'. Saya ada seorang kawan yang hebat dalam percintaan. Beberapa orang kawan saya yang masih melepak, tiba-tiba mereka mula berkongsi cerita bertajuk CINTA yang diberi nama oleh saya iaitu 'KISAH SUPERMAN MENCARI USTAZAH'.

   Bermula dengan seorang kawan saya bernama 'Man' bukan nama sebenar. Kisah cinta dia ni sangat hebat dan saya sendiri pun teruja. Perkara yang saya sangat teruja dan tidak mustahil bagi saya ialah, dia pernah bercinta dengan 12 perempuan dalam masa setahun dan ini memang terbukti didepan mata saya sendiri semasa kami di sekolah menengah.

   Bagi Man, percintaan adalah satu pertemuan dia dengan kisah atau cerita baru untuk setiap perempuan yang dia kenal. Man juga tidak menafikan perempuan mana akan suka kat dia kalau  mereka tahu perangai dia macam ni. Pada dia juga, cinta ini adalah satu permainan hidup dan mengajar kita menjadi matang  serta dapat mempelajari gaya dan cara hidup seorang perempuan.

   Ada satu cerita menarik tentang Man. Semasa kami sekolah dahulu, dia pernah berminat dan suka dengan seorang perempuan yang bernama Miara. Ketika itu, Miara seorang perempuan yang baik, bijak, sopan dan sangat menjaga batas pergaulan, tetapi dia ni tak secantik Nadia, cuma Miara ni perempuan yang ayu dan kami gelarkan dia sebagai USTAZAH. Saya dan kawan-kawan yang lain masa itu ada geng budak-budak 'LEGEND SEKOLAH' atau sering dilabelkan sebagai 'PLAYBOY SEKOLAH'. Geng kami selalu di 'banned' oleh segelintir budak perempuan kerana perangai kami memang suka kacau perempuan. Man ni pula boleh diketegorikan lelaki paling handsome macam ala-ala muka SUPERMAN gituww dan dia juga diminati oleh junior sekolah pada waktu itu. 

   Pada satu hari, dia terserempak dengan seorang budak perempuan yang menggubah pandangan dan hatinya. Apa lagi, masuk line lah masa tu. Cucuk punya cucuk, dah seminggu tak dapat  phone number, dah bagi surat tak balas, bila kacau buat bodoh. Hati Man mula tercabar, kerana kami sering mengejek dia dan budak perempuan yang lain mula mengutuk dia sebagai Playboy sekolah dan pencen. Miara pernah memalukan Man didepan kami serta pelajar yang lain kerana Miara cukup marah dengan perangai Man yang suka memaksa.

   Peristiwa ini berlaku semasa waktu rehat di kantin sekolah. Miara bercakap dengan nada suara yang rendah dan sopan, "Awak tak perlu nak mengejar saya atau cuba menggoda saya dengan kata-kata seperti lelaki ketagih perempuan ni, saya tak nak lelaki macam awak yang akan masuk ke neraka kerana selalu menyakitkan hati kawan-kawan saya dan untuk pengetahuan awak saya suka lelaki yang berhati mulia, ikhlas dan taat pada ALLAH " kata Miara. Kami tergelak besar dengan pecutan ayat yang diberikan oleh Miara. Hati Man mula panas kerana dia direndah-rendahkan dihadapan orang lain. Namun demikian, dia sangat membenci Miara dan meneruskan perangainya yang dahulu. Tapi yang best pasal Man, dia suka Miara lain macam, cara dia sangat bersungguh, sanggup menaruh untuk berubah jika Miara suka padanya. Sepanjang dia cuba nak tackle Miara dalam masa sebulan (tempoh paling lama berkenalan) dia betul2 berubah dan berkorban untuk sesuatu. Kami pun pelik sangat dengan perangai mamat tak betul ni. Bukan betul pun dia ni, haha.

   Setelah 4 bulan berlalu, sebelum kami mengambil SPM, perangai Man terus berubah dengan ketara. Mungkin dia dah kena sampok kot budak ni tiba-tiba jadi baik, solat tak tinggal, belajar, tak ponteng kelas. Masa tu pun kami macam nak bagi kaki pun ada sebab cara dia berubah tu macam poyo gila nk mampos, haha. Perangai Man mula dipandang oleh Maria semenjak Man dianugerahkan sebagai pelajar cemerlang kerena exam percubaan SPM dia dapat straight A dalam semua mata pelajaran, juga seperti kami walaupun tak power mcm Boy biyol tu.

    Ambil tempoh masa yang lama juga kami nak bersihkan nama kami dari gelaran tu. Lama kelamaan gelaran itu pudar dan hilang. Kami pun meneruskan perjuangan kami sebagai pelajar, tetapi percaya atau tidak perjuangan kami nk pulih jadi baik tu perit sangat, sebab cikgu disiplin atau gelaran (C.D ROSAK) pernah menyuruh kami cuci tandas, lap tingkap pejabat, sapu sampah kat bilik guru, buat kerja amal. Kata (C.D) ini sebagai tebus dosa buat salah sebab lari sekolah. Nak tak nak kena terima la yang muka handsome  ni pun kena buat kerja kotor kat sekolah.

    SPM pun dah tamat. Cerita suka duka pun akan berakhir di sekolah. Tetapi sebelum kami keluar dari sekolah, Man ingin berjumpa dengan Miara untuk memohon maaf sebelum dia buat langkah yang terakhir disekolah. Cari punya cari, dia jumpa Miara, pada mulanya Miara tidak mahu berjumpa, dan akhirnya mereka bertemu di sebuah pokok berdekatan dengan kantin.

   Borak punya borak, Man tersenyum lebar sambil memegang sekeping kertas menuju kearah kami. Entah apa yang Maria bagi kat mamat ni. Tanpa rasa bersalah dia terus ajak kami minum di kedai mamak. Rupa-rupanya, Maria maaf kan dia, dan bagi phone number kat Man, Maria cakap dia nampak perubahan Man nak jadi baik.

   Setelah 2 tahun berlalu, Man telah belajar di Universiti Islam Antarabangsa bersama Miara, dia mengambil aliran Diploma Tafsiran Al-QURAN, dan mereka pun berkawan rapat sehingga sekarang, Man memang mengakui bahawa dia sememang sayang pada Maria walau apa pun terjadi, Man ni kiranya bajet2 sweet depan kami la tu, tapi Alhamdulillah dia berubah kearah Islamic. Dengar cerita mereka akan berkahwin selepas tamat diploma sebelum Man berangkat ke Jordan bersama Miara.

  Jadi kesimpulannya, sehebat mana pun lelaki,walaupun dia kacak, nakal, degil, playboy atau apa2 pun, mereka tetap akan cari perempuan yang terbaik untuk dirinya dan bukan memilih atas dasar cantik atau sexy atau hot. Bagi perempuan pula, ingat, lelaki akan mencari perempuan yang terbaik jika dia juga yang terbaik. Allah telah berjanji kepada kita, kita akan bertemu dengan jodoh kita, tetapi ingat!! Allah akan jodohkan kita dengan orang yang baik jika kita pun baik. Insyallah. Jangan takut nak jadi solehah atau sopan, dan kalau boleh kurangkan bersosial pun sudah cukup. Sekian -Anak Sawah-





No comments:

Post a Comment