Y

Y
Aidil Audi Abdul Hamid

Tuesday, 22 October 2013

Puisi Si Pemanis Kepada Sang Jejaka 'NUN ALIF" siri 1

  Ini adalah puisi dan luahan dari seorang gadis yang sukar untuk lelaki menerima cintanya atas dasar-dasar tertentu. Jika kita mengenangkan kisah hidup kita memang susah nak habis. Tapi inilah realiti seorang kawan saya yang sangat kental dalam menghadapi liku-liku dan pejalanan hidupnya. Cinta....... memang susah untuk menerima dan susah untuk juga untuk melepaskan, dan kita harus tahu cinta ini adil bagi setiap insan. Hidup ini juga bagaikan bunga yang harum ada juga bagaikan ikan busuk yang dibiarkan. Jadi inilah PUISI SI PEMANIS KEPADA SANG JEJAKA "NUN ALIF".


   "KATA ORANG, PERASAAN TIDAK BOLEH DIPAKSA. 

DAKU MENGERTI AKAN HAL ITU.... 

TIDAK TERLINTAS INGIN MEMAKSA... 

DAKU SEDAR AKAN KEKURANGAN DIRI KU INI... 

SETITIK HARAPAN PUN TIADA PADA DIRIMU...

 JANGAN KHUATIR WAHAI HATI DIRI SANG JEJAKA DISANA....

KERANA DIRIKU DISINI TELAH MENCUBA SEDAYA MAMPU UNTUK MELENYAPKAN WALAU SECEBIS PERASAAN TERHADAP DIRIMU... 

JANGAN BIMBANG WAHAI HATI DIRI SANG JEJAKA DISANA KERANA DIRI INI AKAN MENJAUH DIRI KEPADA KAMU...

DAKU HANYA MENGHARAPKAN DOA KEHADAPAN AGAR DIRI INI SEPENUHNYA MELUPAKAN KAMU WAHAI HATI DIRI SANG JEJAKA DISANA.." 

KHAS BUAT HATI DIRI SANG JEJAKA "NUN ALIF"

  "Cinta... apakah itu cinta? Bukan mudah untuk mendapatkan cinta yang tulus dan ikhlas. Kita juga tidak boleh memaksa untuk cinta itu datang pada kita. Cinta memerlukan 3 perkara iaitu Kasih Sayang, Kejujuran dan Pengorbanan dengan adanya ketiga-tiga perkara ini maka wujudlah CINTA. Dengan Cinta, seseorang itu dapat merubahkan dirinya kepada kearah kebaikan. Mungkin sebelum ini insan itu penuh dengan kejahatan dan kegelapan pada dirinya. Dengan wujudnya satu cahaya yang menerangi hati insan itu maka hilanglah segala kegelapan yang terkubu dalam dirinya, Walaupun insan itu berubah sikit demi sedikit demi insan yang dia cintai tetapi kisah silamnya masih diingati oleh orang lain, ini menyebabkan cinta yang ingin disampaikan tidak sampai.


   Demi cinta insan itu kita sanggup tidak mengendahkan apa yang orang mahu katakan. Insan itu meneruskan untuk menunjukan cinta dia terhadap si dia. Dengan adanya kegigihan dalam diri insan itu menerapkan dalam dirinya untuk menunggu si dia walaupun menunggu seribu tahun. Apa yang harus dia lakukan hanyalah terus berdoa dan membiarkan jodoh dan masa yang menentukan. Memang sakit apa yang dirasai oleh si dia tetapi  perkataan CINTA itulah yang membuatkan insan itu terus berdiri dan kuat. Itulah dinama kan CINTA.


   Kesimpulannya, suka dan sayang senang diperoleh tetapi CINTA yang tulus dan ikhlas hanya sekali dalam seumur hidup kita. Jadi jangan la kita mensia-sia dan senang mengaku kalah pada CINTA yang ingin kita perolehi. Tetapi cinta yang harus diutamakan, CINTA terhadap PENCIPTA kita serta PESURUHNYA dan juga IBU dan BAPA kita. Dengan adanya cinta terhadap ketiga-tiganya maka wujudlah CINTA untuk seseorang yang istimewa". Sekian -Anak Sawah-



Saturday, 19 October 2013

Kisah Super'Man' Mencari 'Ustazah'

   Bercinta, putus, bercinta, putus, ada yang bercinta bagai nak rak, lepas 5 tahun tumpas juga, dan ada yang bercinta 5 kali dengan orang yang sama. Inilah cerita generasi muda sekarang, yang sangat kelakar dan tidak masuk akal atau diketegorikan sebagai 'GILA'. Saya ada seorang kawan yang hebat dalam percintaan. Beberapa orang kawan saya yang masih melepak, tiba-tiba mereka mula berkongsi cerita bertajuk CINTA yang diberi nama oleh saya iaitu 'KISAH SUPERMAN MENCARI USTAZAH'.

   Bermula dengan seorang kawan saya bernama 'Man' bukan nama sebenar. Kisah cinta dia ni sangat hebat dan saya sendiri pun teruja. Perkara yang saya sangat teruja dan tidak mustahil bagi saya ialah, dia pernah bercinta dengan 12 perempuan dalam masa setahun dan ini memang terbukti didepan mata saya sendiri semasa kami di sekolah menengah.

   Bagi Man, percintaan adalah satu pertemuan dia dengan kisah atau cerita baru untuk setiap perempuan yang dia kenal. Man juga tidak menafikan perempuan mana akan suka kat dia kalau  mereka tahu perangai dia macam ni. Pada dia juga, cinta ini adalah satu permainan hidup dan mengajar kita menjadi matang  serta dapat mempelajari gaya dan cara hidup seorang perempuan.

   Ada satu cerita menarik tentang Man. Semasa kami sekolah dahulu, dia pernah berminat dan suka dengan seorang perempuan yang bernama Miara. Ketika itu, Miara seorang perempuan yang baik, bijak, sopan dan sangat menjaga batas pergaulan, tetapi dia ni tak secantik Nadia, cuma Miara ni perempuan yang ayu dan kami gelarkan dia sebagai USTAZAH. Saya dan kawan-kawan yang lain masa itu ada geng budak-budak 'LEGEND SEKOLAH' atau sering dilabelkan sebagai 'PLAYBOY SEKOLAH'. Geng kami selalu di 'banned' oleh segelintir budak perempuan kerana perangai kami memang suka kacau perempuan. Man ni pula boleh diketegorikan lelaki paling handsome macam ala-ala muka SUPERMAN gituww dan dia juga diminati oleh junior sekolah pada waktu itu. 

   Pada satu hari, dia terserempak dengan seorang budak perempuan yang menggubah pandangan dan hatinya. Apa lagi, masuk line lah masa tu. Cucuk punya cucuk, dah seminggu tak dapat  phone number, dah bagi surat tak balas, bila kacau buat bodoh. Hati Man mula tercabar, kerana kami sering mengejek dia dan budak perempuan yang lain mula mengutuk dia sebagai Playboy sekolah dan pencen. Miara pernah memalukan Man didepan kami serta pelajar yang lain kerana Miara cukup marah dengan perangai Man yang suka memaksa.

   Peristiwa ini berlaku semasa waktu rehat di kantin sekolah. Miara bercakap dengan nada suara yang rendah dan sopan, "Awak tak perlu nak mengejar saya atau cuba menggoda saya dengan kata-kata seperti lelaki ketagih perempuan ni, saya tak nak lelaki macam awak yang akan masuk ke neraka kerana selalu menyakitkan hati kawan-kawan saya dan untuk pengetahuan awak saya suka lelaki yang berhati mulia, ikhlas dan taat pada ALLAH " kata Miara. Kami tergelak besar dengan pecutan ayat yang diberikan oleh Miara. Hati Man mula panas kerana dia direndah-rendahkan dihadapan orang lain. Namun demikian, dia sangat membenci Miara dan meneruskan perangainya yang dahulu. Tapi yang best pasal Man, dia suka Miara lain macam, cara dia sangat bersungguh, sanggup menaruh untuk berubah jika Miara suka padanya. Sepanjang dia cuba nak tackle Miara dalam masa sebulan (tempoh paling lama berkenalan) dia betul2 berubah dan berkorban untuk sesuatu. Kami pun pelik sangat dengan perangai mamat tak betul ni. Bukan betul pun dia ni, haha.

   Setelah 4 bulan berlalu, sebelum kami mengambil SPM, perangai Man terus berubah dengan ketara. Mungkin dia dah kena sampok kot budak ni tiba-tiba jadi baik, solat tak tinggal, belajar, tak ponteng kelas. Masa tu pun kami macam nak bagi kaki pun ada sebab cara dia berubah tu macam poyo gila nk mampos, haha. Perangai Man mula dipandang oleh Maria semenjak Man dianugerahkan sebagai pelajar cemerlang kerena exam percubaan SPM dia dapat straight A dalam semua mata pelajaran, juga seperti kami walaupun tak power mcm Boy biyol tu.

    Ambil tempoh masa yang lama juga kami nak bersihkan nama kami dari gelaran tu. Lama kelamaan gelaran itu pudar dan hilang. Kami pun meneruskan perjuangan kami sebagai pelajar, tetapi percaya atau tidak perjuangan kami nk pulih jadi baik tu perit sangat, sebab cikgu disiplin atau gelaran (C.D ROSAK) pernah menyuruh kami cuci tandas, lap tingkap pejabat, sapu sampah kat bilik guru, buat kerja amal. Kata (C.D) ini sebagai tebus dosa buat salah sebab lari sekolah. Nak tak nak kena terima la yang muka handsome  ni pun kena buat kerja kotor kat sekolah.

    SPM pun dah tamat. Cerita suka duka pun akan berakhir di sekolah. Tetapi sebelum kami keluar dari sekolah, Man ingin berjumpa dengan Miara untuk memohon maaf sebelum dia buat langkah yang terakhir disekolah. Cari punya cari, dia jumpa Miara, pada mulanya Miara tidak mahu berjumpa, dan akhirnya mereka bertemu di sebuah pokok berdekatan dengan kantin.

   Borak punya borak, Man tersenyum lebar sambil memegang sekeping kertas menuju kearah kami. Entah apa yang Maria bagi kat mamat ni. Tanpa rasa bersalah dia terus ajak kami minum di kedai mamak. Rupa-rupanya, Maria maaf kan dia, dan bagi phone number kat Man, Maria cakap dia nampak perubahan Man nak jadi baik.

   Setelah 2 tahun berlalu, Man telah belajar di Universiti Islam Antarabangsa bersama Miara, dia mengambil aliran Diploma Tafsiran Al-QURAN, dan mereka pun berkawan rapat sehingga sekarang, Man memang mengakui bahawa dia sememang sayang pada Maria walau apa pun terjadi, Man ni kiranya bajet2 sweet depan kami la tu, tapi Alhamdulillah dia berubah kearah Islamic. Dengar cerita mereka akan berkahwin selepas tamat diploma sebelum Man berangkat ke Jordan bersama Miara.

  Jadi kesimpulannya, sehebat mana pun lelaki,walaupun dia kacak, nakal, degil, playboy atau apa2 pun, mereka tetap akan cari perempuan yang terbaik untuk dirinya dan bukan memilih atas dasar cantik atau sexy atau hot. Bagi perempuan pula, ingat, lelaki akan mencari perempuan yang terbaik jika dia juga yang terbaik. Allah telah berjanji kepada kita, kita akan bertemu dengan jodoh kita, tetapi ingat!! Allah akan jodohkan kita dengan orang yang baik jika kita pun baik. Insyallah. Jangan takut nak jadi solehah atau sopan, dan kalau boleh kurangkan bersosial pun sudah cukup. Sekian -Anak Sawah-





Orang Muda Dan Dua Otak


   Seperti yang kita lihat pada zaman dan tahun yang semakin lama semakin tua, pendapat seseorang adalah dari pandangan masing-masing. Apa yang kita sangka atau tidak ini adalah realiti hidup seseorang terhadap sesuatu. Pendapat oleh seseorang harus didengar dan dinilai serta memahami cerita yang ingin di sampaikan. Pendapat anak muda kini adalah pendapat atau pandangan yang sangat segar dan yakin. Dalam hal ini, kita tidak oleh terus menyekat pendapat atau pandangan orang lain sebagai pandangan yang buruk. Kisah anak muda terhadap apa jua situasi seperti becakap tentang dunia, akhirat, kehidupan dan salah satu faktor yang menarik adalah bercakap tentang 'POLITIK di USIA MUDA' . Kadang kala, ada sesetengah orang kata politik di usia muda adalah politik busuk, atau politik budak-budak dan politik jagung. Tetapi pada saya, politik adalah bebas untuk kita menceritakan jika kita tahu faktar, cerita yang sahih, tidak memburukkan mana-mana pihak, menilai faktar dan mengkaji faktar cerita tersebut.

   Apa yang saya tahu dan nampak didepan mata saya sendiri adalah, anak muda terlalu sibuk menyalahkan sesama sendiri, menceritakan segala keburukan, dan mengetepikan segala kebaikan. Cerita itu ini dengan cerita yang kosong, cerita sesuatu tanpa menilai dan mengkaji, cerita dengan hanya sekali dengar dan sekali pandang.

   Anak muda seharusnya menjadi 'ORANG MUDA DAN DUA OTAK'. Orang muda dua otak ini bermaksud 'menjadi remaja yang menilai kedua-dua masalah', untuk memahami cerita lebih lanjut yang saya  ingin sampaikan adalah, orang muda tidak haruslah menilai sebelah pihak sahaja. Pihak yang saya maksudkan ialah mana-mana pihak yang anda pilih untuk memantapkan negara. Cuba kita bertukar menjadi orang muda yang mencari keburukan A & B dan mencari kebaikan A & B, dan kita bandingkan buruk dan salah kedua-dua pihak menjadi seimbang. Jika kita menilai dengan seimbang, saya percaya orang muda akan membentuk sesuatu fikiran atau idea yang bernas untuk menggubah masalah-masalah menjadi satu masalah yang boleh diselesaikan. Sebab itu saya katakan, jika orang muda ada (dua otak) seperti ini, orang muda lebih berkembang dengan fikiran yang bernas, berfikiran seimbang dan berfikiran sihat serta mengelakkan kita dari dosa memburukkan mana pihak, lagi-lagi sesama MELAYU dan ISLAM.

   Perkara seperti ini, menilai dan mempertahankan sebelah pihak sahaja, boleh menyekat pemikiran orang muda, dan pemikiran mereka boleh menjadi sempit, kurang menyerlah, memberontak serta akan wujud perasaan benci, marah, dendam terhadap seseorang atau benci dan dendam terhadap orang Melayu dan Islam sendiri. Pada saya ini sangat memalukan kerana SAYA PUN MELAYU. Orang muda sekarang harus berfikiran terbuka dan segar serta seimbang supaya kita tidak mendatangkan masalah kepada orang lain. 

   Jika orang muda ingin mempertahankan sesuatu hak atau apa-apa pun, kena ada cara yang betul, tidak perlu, melalak, terpekik terlolong, terlalu fanatik, atau taksub pada sesuatu. Gunakan cara yang betul atau cara saya iaitu STEADY and COOL. Saya inginkan anak muda berfikiran seimbang, pandai dan tahu menilai sebelum menyebarkan sesuatu, dan pada saya orang muda atau sesiapa ada hak untuk bersuara, saya sendiri tidak pernah menyekat dan memburukkan sahabat saya yang lain jika mereka ingin menceritakan apa yang mereka (orang muda) tidak puas hati terhadap sesuatu perkara.

   Kita tidak perlu menyatakan sesuatu mengikut nafsu atau ego kita, nilai dengan baik, cipta atau cari apa yang orang muda boleh menggubah sesuatu dengan ada idea-idea yang bernas. Semua insan ada perasaan, tetapi kepada orang muda yang hanya tahu 1 maklumat tapi menceritakan seperti mereka tahu segala-galanya seperti mereka pula yang membentangkan, inilah menyebabkan orang yang lebih arif tentang politik akan menggelarkan kita sebagai ORANG MUDA DENGAN POLITIK BUDAK atau POLITIK BUSUK.

   Selain itu, jika anda (orang muda) berminat untuk menyuarakan atau menceritakan sesuatu, pastikan bila orang 'attack' kita, kita boleh membalas balik dengan benda2 yang faktar dan benar, jangan jadi seperti SEPULUH JONG KAPAL BERLABUH, ANJING TETAP BERCAWAT EKOR' atau jangan jadi seperti orang yang tahu maklumat sedikit tetapi itulah yang dihebohkan dan dibanggakan. Kalau betul anda (orang muda) betul-betul minat untuk menyuarakan sesuatu saya saran dan pesankan tolong 'SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN' sebelum menyampaikan sesuatu, ia menunjukkan kita seorang anak muda yang cerdik dan bagus dalam menilai sesuatu, disamping itu barulah orang lain boleh menerima kita dengan baik tanpa permusuhan.

     Masih ada orang muda yang kolot terhadap politik, cerita umpama dia yang mengalami masalah tersebut, bangga seperti tahu semua tentang masalah yang berlaku, sedangkan orang yang sepatutnya pun steady and cool bila menanggung masalah. Orang muda harus bijak, harus ada dua otak bukan satu otak, ini adalah ciptaan baru oleh orang muda.

     Maksud ke2 untuk 'dua otak' yang saya katakan tadi ialah menilai kedua-dua masalah, memang tidak masuk akal seorang manusia itu mempunyai dua otak tetapi kita mempunyai dua bahagian iaitu kanan dan kiri dan kita juga harus mencipta sesuatu pemikiran yang baru supaya otak yang sedia ada dapat menilai perkara yang baik, dan satu lagi menilai perkara yang kurang baik, dan gabungkan kedua-duanya dan anda akan mendapat jawapanya.

     Kesimpulannya, jadilah orang muda yang berfikiran terbuka dan hapuskan berfikiran kolot dan sempit, ini merugikan kita sendiri, saya tidak mahu kata lebih, anda sendiri sudah nampak apa yang terjadi jika orang muda seperti kita ni berfikiran sempit dan kolot, terpulang pada anda sendiri cara untuk menilai. Marilah kita membina dan mencipta benda yang baru untuk masa hadapan dan keamanan negara. Sekian -Anak Sawah-



Thursday, 17 October 2013

Kenapa Melayu LAYU?


"Melayu jangan kau layu, Melayu jangan kau lupa, Melayu jangan kau leka, Melayu jangan kau hapuskan adat resam, Melayu bersatu lah, Melayu pimpinlah dan Melayu jangan kau mudah putus asa". Sedih bila Melayu sendiri tak mengaku mereka adalah Melayu. Apa yang mereka mengaku adalah mereka bukan Melayu lagi. Adat Melayu terus dilupakan. Kita nak salahkan siapa? Sekarang anak muda lebih ke arah barat, kenapa? baiklah. Kerana apa Melayu lupa, kerana anak muda kurang diberi pendedahan tentang apa itu Melayu. Kisah Melayu hanyut dibawa ombak, mereka hanya merasakan Melayu hanya pada nama dan tiada lagi perasaan cinta terhadap adat resam dan cara Melayu mengajar kita, malahan mereka meletakkan Melayu jauh di penghujung laut yang sunyi dan sepi. 


  Saya ceritakan semula, Melayu adalah bangsa yang sangat sopan didunia, dari segi  makan, cara bersalam, cara bertegur dan banyak lagi Melayu mengajar kita supaya sopan dengan masyarakat lain. Tetapi mereka memandang remeh. Ada juga Melayu yang BODOH yang menyalahkan bangsa sendiri, mengkhianat bangsa sendiri, menghina bangsa sendiri dan memperbodohkan bangsa sendiri. 

  Didikkan tentang Melayu bukan hanya pada buku, tetapi kita harus mengajar mereka dengan cara perbuatan dan kata-kata semangat jika mahu Melayu terus maju. Melayu malas dan suka menipu, Melayu suka mengambil cara mudah, boros, cetek akal itu pandangan bangsa lain terhadap orang Melayu kerana kita sendiri yang menggubah Melayu kearah tidak baik dan menggubah Melayu menuju kearah kegelapan, sehingga bangsa lain berani memijak dan menghina bangsa Melayu. 

  Anak Melayu mudah putus asa, dan mudah mengalah. Apa yang kita lihat sekarang, Melayu bergaduh sesama sendiri kerana jawatan, pangkat, kuasa. Ego inilah yang memudah kita jatuh dari bumi sendiri, tanah air kita. Dimana Melayu yang dahulu? dan kemana Melayu yang sekarang? hilang, sepi, dan bersembunyi pada bangsa lain?. Renungkan. 

  Saya sebagai anak muda, bukan mahu menjadi anak muda Melayu yang rasict, TIDAK! saya mahukan anak muda bangkit dari tidur, memperjuangankan orang Melayu, membantu orang melayu dari segi ekonomi, perniagaan. Tetapi! bila Melayu diberi pertolongan, ada juga yang masih lupa diri, tidak menghargai apa jasa orang-orang Melayu yang sudah membantu kita dari segala jenis. TERUSKAN PERJUANGAN dan MENJAGA KEBAJIKAN ORANG MELAYU.

  Kita harus jadikan bangsa lain sebagai contoh untuk kita terus sedar dan bersemangat seperti mereka, bersaing dengan cara yang betul. Lihatlah bangsa kita sendiri, masih kucar kacir, anak muda bersepah,berkeliaran, menagih simpati. Bangkit, cari pihak yang boleh membantu kita, cuba jadi anak muda yang berfikiran bernas, memberi idea yang membantu sesama kita, bukan kita menghina satu sama lain. 

  Jadi Melayu, fikir siapa yang banyak menolong kita jika bukan Melayu, banyak perkara yang lebih besar yang kita boleh dapat manfaat, bukan untuk kita sendiri, malah untuk Melayu dan bangsa2 lain. Kita tidak perlu bergaduh antara Melayu sendiri dan kaum lain. Kita yang harus menjadi contoh kerana pada asalnya ini adalah TANAH MELAYU

  Pada saya, memang saya suka mengalu-alu kan bangsa lain datang ke negara Malaysia supaya kita dapat belajar tentang perpaduan, nilai murni, adat resam mereka, dapat belajar menghormati orang lain. Jika kita bekerjasama, saya percaya Melayu akan lebih maju, dapat melahirkan anak-anak Melayu kearah masa depan. Sekian -Anak Sawah-




Ajaran Agama Pelat

  Assalamualaikum. Topic yang saya ingin sampaikan dan kongsi kepada pembaca blog ialah pandangan saya sendiri terhadap Ajaran Pelat iaitu ajaran sesat yang semakin hangat diwarwarkan. Ini hanya lah pandangan anak muda yang masih menilai dan masih belajar.

  Ajaran sesat adalah ajaran yang mengajar kita serta membimbing kita kearah yang luar biasa erti katanya diluar dari ajaran ISLAM. Ajaran yang popular sekarang, salah satunya ialah AYAHPIN, SYIAH, PANJI HITAM dan IKHWAN (al-arqam) yang dipimpin semasa ketika dahulu iaitu RASULLULLAH SAIDI ABUYA yang lebih dikenali sebagai Ustaz Haji Ashaari.

  Perkara ini sememangnya mengelirukan termasuk juga saya. Apa yang saya ingin tekankan disini ialah, tentang Syiah dan Ikhwan (al-arqam). Syiah mengamalkan atau mengajar kita memudahkan lagi ajaran Islam, tapi bila difikirkan kembali, Islam itu mudah jika kita mempelajari ilmu islam, tetapi Syiah, mereka TERLALU mudahkan ajaran Islam, ini yang sangat meragui saya. Anak muda sering terpengaruh dengan kegiatan yang boleh menyesatkan diri, selagi apa yang mereka kata itu betul, pada mereka itu adalah tetap betul, Mereka tidak menilai dan mengkaji sebaik mungkin apa yang mereka cuba lakukan.

  Di dalam ajaran syiah, mereka melakukan perkara-perkara yang saya sendiri rasa pelik dan bimbang. Antara ajaran yang telah diajar adalah, hanya dengan niat kita sudah selesai solat. Perkara ini secara terang terangan adalah ajaran yang menyesatkan umat islam. Ada juga berkata, mereka tidak percaya pada NABI MUHAMMAD, dan mencaci serta membenci para sahabat Nabi seperti SAIDINA ABU BAKAR. Syiah mempercayai SAIDINA ALI adalah Nabi mereka dan mereka terlalu taksub dengan ajaran tersebut.

  Selain itu, cerita tentang siapakah RASULLULLAH SAIDI ABUYA (RSA) ? ada orang mengatakan dia ingin menjadi Imam Mahadi dan ada juga pernah berkata dia ingin menjadi Nabi. Ini semua adalah kata-kata manusia yang mungkin betul atau ada yang saja mendatangkan masalah. Ada seorang sahabat saya yang mahir dalam bab ini, saya juga pernah bertanyakan tentang siapa (RSA) dan siapa pula Imam Haji Ashaari?. Dia pernah membaca buku Imam Haji Arshaari dan setelah membaca buku Imam Haji Ashaari, dia menjelaskan bahawa kesemua dalam buku itu beliau memuji Allah dan Nabi, memberi semangat dengan cara yang betul, mengajar semua perkara yang baik untuk minda.

  Bila saya kemukakan soalan, kenapa masyarakat sekarang menganggap Imam Ashaari mengajar ajaran terpesong? dan ini jawapan dia, "Semasa pertubuhan ini bermula, kumpulan ini memang dipimpin oleh Imam Haji Ashaari semasa beliau masih hidup dan nama kumpulan tersebut ialah AL-ARQAM , beliau juga mengajar ajaran Islam yang betul dan sempurna, tetapi setelah beliau meninggal, isteri beliau KHADIJAH AM iaitu isteri ke3 beliau yang sekarang memimpin kumpulan IKHWAN (pertubuhan baru sehingga sekarang) yang telah menyesatkan kumpulan ini. Cuba kamu buka youtube yang mereka dengdangkan 'POWER KAABAH' ( http://www.youtube.com/watch?v=y7_IwD2uy6U )  itu lah ajaran dari Aisyah Am yang dia telah disebarkan dan mengajar dalam kumpulan Ikhwan dan cuba kamu baca lirik yang mereka telah nyanyikan, memang lirik itu sangat menyesatkan ISLAM". Saya juga terkejut seorang wanita boleh menjadi ketua kepada semua kumpulan yang bukannya hanya berada di 1 tempat malah di 1 MALAYSIA.

  Jadi apa pendapat anda? mana satu kita ingin percaya? kata2 dari kawan saya atau pun cerita yang sudah sedia ada dari mulut dan pandangan orang lain, susahkan? apa yang penting adalah jangan mudah terpengaruh dengan ajaran, ikutlah pada ajaran yang telah diajar iaitu ajaran dari IMAM SYAFIE dan bacalah KITAB MAZHAB IMAM SYAFIE. mudah mudahan kita dijauhkan dengan perkara yang boleh merosakkan akal fikiran, lagi-lagi kepada anak muda.

  Pesanan saya kepada anak muda/pemuda jangan la kamu terlalu mudah terpengaruh, nilai dan kaji apa yg mereka sampaikan dan apa yang mereka ajarkan sebelum kita mahu menyertai. Percaya pada yang satu iaitu ALLAH, kasih sayang pada NABI MUHAMMAD, mudah mudahan kita diberkati. Insyallah. Ameen. Sekian -Anak Sawah-









Waktu Malam Saya Hampir Mati

    Kisah waktu malam, pada 9 october 2013, saya dan kawan-kawan mengalami peristiwa malam yang saya sendiri tak jangka akan berlaku. Jam 1am, setelah saya dan kawan karib saya (Yazid) baru sahaja pulang dari kolej atas kerja event Photo Exhibition yang akan berlangsung pada keesokan harinya, tepat jam 1.02am, saya menerima panggilan dari seorang lagi sahabat baik saya, bila ditanya kenapa, salah seorang kawan saya kemalangan di simpang MRR2.

    Saya dan Yazid bergegas ke tempat kejadian. Setelah tiba, kereta yang dipandu oleh kawan saya iaitu kereta Viva dan sebuah lagi Kancil yang dipandu oleh Wan Iqbal Abid dan ditemani oleh Areel. Mereka dihentam dari belakang oleh cina 'mabuk' yang memandu kereta Myvi Sport. Kejadian ini bukanlah salah mereka, kerana mereka telah pun berhenti dilampu isyarat merah. Setelah saya turun dari kereta, kereta Viva mengalami kerosakan teruk didepan dan belakang, Kancil hanya mengalami kerosakan dibelakang, dan Myvi di hadapan. Tetapi Alhamdulillah ada sekumpulan abang Melayu sado dan muka buragas dengan setiap orang ada walkie talkie dibelakang, mereka sudi tolong kami anak-anak muda Melayu ni.

     Masa tu rasa lega lah kawan-kawan selamat, bukan apa risau la kalau apa-apa jadi kat kawan, mana tahu cina tu gangster ke apa. Setelah 1jam bincang, Abang Wan iaitu 'towing driver' memberitahu saya supaya membuat laporan polis di BALAI POLIS PUSAT BANDAR, pada asalnya saya masih ragu2, kat mana pulak balai polis tu, KL bukan kecik, lubang tikus pun ada balai.

    Disebalik cerita ini, saya dan Yazid terpaksa meninggalkan kawan2 saya yang lain di kolej kerana pada mulanya mereka ingin menumpang balik ke rumah, maklum lah dah pukul 1pagi masih menahan mata melakukan kerja, tetapi disebabkan hal ini saya minta maaf kerana tak dapat membantu, dan Alhamdulillah, salah seorang dari kawan mereka sudi membantu.

  Sambung semula, selepas diarah ke balai polis, saya pun bergegas lah ke balai polis tanpa menghiraukan masa. Asalnya saya dan Yazid merancang untuk balik ke rumah untuk berehat, tapi apakan daya kawan ada masalah, tak kan nak diam. Kami pun lalu di bulatan Cheras dan menghala ke arah JALAN LOKE YEW. Dengan keadaan bengang, marah, penat, mengantuk, tak semangat, tiba-tiba kami diekori dari belakang, pada mulanya kami pun tak hiraukan dengan mereka, tetapi! bila saya kekiri mereka pun kekiri, bila saya kekanan mereka pun kekanan. Hati saya mula ragu2 dengan perangai gila jam 2pagi macam ni, dalam hati nak mampos jugak orang belakang ni. Oh ya sebelum saya terlupa, ketika itu kami bergerak dengan dua buah kereta, Kancil dan Savvy. Saya sedang memandu Savvy dan kawan saya memandu Kancil, yang mengekori saya adalah kereta Vios TRD.

   Dalam masa yang sama saya dikejar, saya memecutkan kereta saya untuk memberi peluang kepada dia memotong saya, tapi kejadian semakin pelik kerana dia juga memecut dan mengekori saya juga. Tiba-tiba dia memotong kereta saya dan mereka menekan 'break emergancy' dan saya juga terpaksa melakukan perkara yang sama sebab jika saya tak break saya akan langgar dibahagian belakangnya. Perkara ini dilakukan sebanyak tiga kali, setelah kali ke3 saya dikepung pula dengan kereta Waja disebelah sisi kiri kereta. Keadaan mula panik dan riuh didalam kereta kerana kami dikepung oleh 2 orang cina dan seorang India, dalam masa yang sama juga mereka suruh saya berhenti di bahu jalan, tapi disebabkan saya fikir akan faktor keselamatan, saya nekad untuk teruskan perjalanan.

   Ketika saya berada di flyover stesen Kereta Api Kuala Lumpur saya mendapat panggilan dari kawan saya supaya berhenti ditepi jalan kerana Abang Wan mempunyai seorang kawan yang bekerja sebagai LONGKAI iaitu mengejar penyamun berkereta, tetapi saya tetap mengendahkan arahan tersebut. Setelah menghampiri simpang ke dataran Merdeka saya memberhentikan kereta diantara simpang Dataran Merdeka dan simpang menghala ke PWTC. Ketika itu, kereta Vios berada dihadapan saya,dan kereta waja disebelah kanan Vios diikuti dengan teksi di sebelah kanan saya, dan ada beberapa buah kenderaan lain di belakang saya.

   Ketika itu, kereta dibelakang saya membunyikan hon kerana mereka tersekat. Mahu tak mahu saya dan Yazid bercadang untuk menunggu didalam kereta, dan saya pula bercadang, jika dua orang cina itu keluar, saya akan terus belok ke kiri dan lari. Pada waktu itu, disebelah kanan saya ada seorang penumpang teksi menyuruh saya menurunkan tingkap kereta, tanpa fikir panjang saya membuka tingkap dan penumpang teksi suruh kami 'bla cepat dan selamatkan diri', dalam hati saya mula berfikir mereka sememangnya penjenayah yang ingin menyamun kami. Tak sempat ucap terima kasih, saya terus memecut masuk ke dataran Merdeka dan saya bersembunyi di belakang banggunan.

   Mujur dua orang cina tadi tidak dapat mengejar kami kerana Yazid perasan mereka diblock oleh kereta lain. Apa yang saya fikir, ini adalah malam terakhir saya hidup kerana saya percaya mereka mempunyai senjata. Setelah beberapa minit LONGKAI pun tiba di lokasi dimana tempat saya berlindung, nasib ada LONGKAI yang selamatkan kami dan dia bertanya kearah mana kereta itu pergi, dan Yazid menceritakan.

  Saya dan kawan yang lain terus ke balai Polis untuk membuat laporan kemalangan. Sejurus tiba di BALAI POLIS PUSAT BANDAR, saya mendapat tahu bahawa kereta waja dapat diberkas. Syukur pada ALLAH telah selamatkan kami semua. Bila nak difikirkan kembali pada kejadian tersebut, saya dan rakan saya sendiri dapat merasakan bertapa susahnya nak mengharungi situasi sebegini. ALLAH yang maha esa sahaja yang tahu keadaan kami ketika tu.

  Apa yang ada dalam fikiran ialah, MATI dan berserah padaNya. Jadi peasanan saya, janganlah keluar lewat malam, kadang2 benda yang tak pernah terfikir akan terjadi, akan terjadi juga dan niat pada malam itu ingin ke Balai Polis untuk buat report kemalangan tetapi perkara yang lain pula muncul. Sedangkan perjalanan kami adalah perjalanan dengan niat yang baik bukannya nk pergi Clubbing ke apa. Nampak tak kuasa ALLAH, niat baik dan jahat akan sentiasa diuji. Sekian -Anak Sawah-

Wednesday, 16 October 2013

Celup Air Rasa Api


  Dalam kehidupan ada juga manusia masih katakan hidup mereka SEMPURNA dan tiada cacat cela. Ada juga segelintir mengatakan hidup mereka tidak sempurna dan penuh dengan kata-kata hina dan keji. Adakah kehidupan kita ADIL? dan wujudkah KARMA?.

  Pandangan saya dalam Celup Air Rasa Api ini adalah, saya ingin mencerita kisah kehidupan seseorang kepada setiap peringkat umur. Saya percaya sepanjang kehidupan anda pernahkah anda terlintas dengan perkataan 'PERLUKAH AKU HIDUP DIDUNIIA INI?', saya juga pernah berkata begitu ketika saya dikecewakan, ketika saya putus harapan, ketika saya menerima bala dan musibah dan anda juga pernah berkata 'ADAKAH INI KENIKMATAN DUNIA YANG AKU RASA' ketika kita rasa gembira,hidup senang, hidup dengan hari tanpa masalah. Tetapi dengan berkat ALLAH, kita dihidupkan untuk menerima cabaran dan dugaan sebagai manusia untuk kita membina jati diri dan semangat. Setiap detik kita mempunyai masalah, masalah untuk berjalan, masalah untuk memikir, malah minum juga jadi salah satu masalah. Adakah masalah tiada jalan penyelesaian? Ya ada. nak selesaikan masalah ada cara mudah dan susah, itu terletak pada diri masing-masing bagaimana kita mahu selesaikan masalah.

  Hidup ini bagaikan roda atau bagaikan celup tangan pada air dan bila dirasa panasnya seperti api yang membara. Api yang membara itu adalah semangat tapi bukannya marah. Air pula umpama pandangan mata kita yang dikalis, contoh, setiap manusia mempunyai cabaran seperti ketidakcukupan wang, apa yang kita nampak dan fikir wang itu sangat bernilai, tapi pernahkah anda terfikir bertapa peritnya kita nak dapatkan wang tersebut. Kita tidak boleh mendapatkan wang dengan mudah, perompak pun akan lalui perjalanan yang perit untuk mendapatkan wang. Seperti kita juga, bertungkus lumus mengharungi perjalan perit seperti jalan diatas api berusaha untuk mendapatkan wang.

  Selain itu, kalau betul  dunia ni adil kenapa ada baik dan jahat? kenapa ada betul dan salah? memberi betul kepada yang salah dan memberi salah pada yang betul. Jadi kemanisan hidup akan dirasa jika kita sendiri yang mambancuh kemanisan tersebut. Selain itu, hidup paling mencabar apabila kita dipinggirkan atau dikutuk dengan cacian yang hina dengan pandangan kita yang masuk akal, tetapi pada mereka ianya hanya adalah idea yang kolot dan boleh menyekat minda pelajar atau masyarakat. Kadang-kadang hati panas membara, bila didepan mata memandang seperti air yang jernih, tetapi  itulah sikap manusia yang ada jahat disebaliknya. Ini semua lumrah hidup yang perlu kita atasi dari semasa ke semasa.

  Kita juga perlu ingat bahawa tidak semua orang suka pada kita dan kita juga perlu ingat masih ada insan yang sayang dan mengabil berat tentang kita. Jadi pada anda, adakah dunia ni adil? tepuk dada tanya iman. Manusia tidak akan puas dengan apa yang mereka dapat, manusia tak puas dengan apa yang ada didunia. Ada manusia seperti air ada manusia seperti api. Kedua2 manusia ini kita perlu berjaga-jaga kerana mereka yang baik pasti ada niat jahat, yang jahat pasti ada niat baik. Hasrat dengki sentiasa disekeliling kita.

  Jadi kesimpulan apa yang saya sampaikan, hidup ini harus ada baik dan jahat. Jika terlalu baik orang akan pijak kita, jika terlalu jahat orang akan membenci kita. Syukur pada yang Maha Esa. Sekian -Anak Sawah-


Dunia Cinta Remaja Musnah atau Tidak?

  Cinta? ada apa dengan cinta yang sering kali menjadi isu dalam hubungan pada setiap anak muda. Pada saya, cinta adalah satu permulaan untuk hidup berpasangan, tetapi makna cinta bukan sahaja untuk manusia tapi kepada Tuhan kita sendiri. Cinta pada alam dan haiwan adalah  juga cinta. Tetapi cinta yang digunakan sekarang oleh anak muda adalah kemaruk cinta atau diringkaskan, cinta salah tafsir.

  Hal ini mempunyai banyak cabang, yang pertama cinta kerana nafsu buas, dan cinta pada hati yg murni. Dalam percintaan nafsu buas ini telah berleluasa dikalangan anak muda generasi Z yang mengambil cara yang salah iaitu cara barat.Percaya atau tidak, adakah anda perasan  bahawa cinta akan bermula dengan satu penipuan dan baru lah kejujuran, bermula dengan gembira dan tamat untuk kesedihan bermula dengan kata-kata dan diikuti pula dengan perbuatan. Pemikiran anak muda mula berkembang dengan aktiviti yang orang barat lakukan kepada generasi sekarang. Cinta pada zaman sekarang 98% adalah nafsu, iaitu kepuasan untuk berpasangan.

  Kepuasan dalam berpasangan yang dinantikan oleh perempuan atau lelaki adalah amat kritikal. Jauh beza bila kita bandingkan zaman ibu dan ayah kita bercinta. Pada saya, zaman sekarang anak muda lebih memandang kepada nafsu, salah satunya adalah, wang, dan tubuh badan.

  Keikhlasan untuk bercinta hanya 2-3% sahaja. Ini kerana, pengaruh barat yang sangat mendalam menyebabkan anak muda sering melakukan seks dengan mudah tanpa menghiraukan maruah dan harga serta nilai diri sendiri. Saya tidak menyatakan bahawa semua perempuan dan lelaki berkelakuan sebegini, ia hanya segelintir.

  Semasa saya belajar di kolej, kawan (perempuan) saya mengatakan sendiri, cium mulut adalah satu perkara biasa, hisap rokok juga perkara yang biasa, melakukan hubungan seks juga biasa jika kita mencintai seseorang. Saya pernah alami banda ini secara life dan terang terangan. Bila saya fikirkan kembali ada keistimewaan disebalik perbuatan ini. Salah satunya adalah, jika kita mencintai seseorang kita perlu ada pengorbanan. Pengorbanan apakah? perngorbanan memberikan hak kita dan maruah kita kepada orang lain, supaya pasangan kita sentiasa dengan kita? begitu? Pada saya ianya tidak dan saya membantah. Cinta yang sebenarnya bukan lah dari kerelaan diri dan juga memaksa diri. Cinta adalah keikhlasan seseorang yang bukan dipandang hanya dari mata, berkata dari mulut, dan melakukan perkara dengan perbuatan.

  Cinta sebenar akan datang dengan sendiri yang kita sendiri tak tahu bila akan datang. Percaya lah kehadiran cinta akan ada. Tetapi kepada sesiapa yang sedang bercinta, terus kan bercinta dengan cara yang betul, bila difikirkan semula, kalau tiada usaha dalam percintaan macam mana kita mahu bina kebahagian untuk masa depan.

  Jika tidak mampu meneruskan, biarkan si dia pergi dengan selesa dan aman, tidak perlu menyakitkan hati orang lain semata-mata untuk membalas dendam. Setiap manusia ada perasaan. Sekian
-Anak Sawah-



Salam Perkenalan

Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada anda yang sedang membaca. Nama panggilan saya ialah Anak sawah,panggilan yang penuh makna bagi saya. Berkelahiran di Selangor dan membesar di Johor Bharu. Berketurunan Melayu Bugis. Masih belajar di sebuah institusi dalam jurusan Undang-Undang Pentadbiran Komunikasi Awam & Korporat. Anak kedua dalam keluarga. Saya memang dibesarkan dalam kehidupan yang sederhana, Alhamdulillah. Mengembara dan mencari pengalaman adalah hobi saya dan ingin menarik perhatian anak muda dan masyarakat lain. 

  Saya juga suka memberi idea dan pendapat untuk membentuk satu generasi pemuda kearah yang lebih baik dan sempurna. Saya juga inginkan Melayu dijaga rapi dan dipandang tinggi, berhasrat untuk membentuk pemikiran anak muda yang seimbang. Tetapi susah bagi saya untuk menyuarakan sesuatu kerana saya percaya ia tidak semudah yang disangkakan. Insyallah dengan adanya bolg saya ini, pihak-pihak atau bloger sudi membaca. Penulisan Generasi ini juga memberi dan menyatakan suatu hak dan pendapat tentang remaja.

  Selain itu, saya juga seorang anak muda yang inginkan perubahan yang luar biasa mengikut cara dan peraturan yang betul. Dalam kehidupan anak muda sememangnya dipandang remeh dan tidak diendahkan, tetapi dengan doa dan semangat yang kental, saya tetap akan memperjuangkan generasi anak muda Melayu dan akan memperjuangkan bangsa Melayu Islam serta bumiputra dan juga kepada bangsa-bangsa yang berbilang kaum di Malaysia. 
  
  Semangat yang membuat saya masih berdiri untuk menjadi anak muda yang berwawasan adalah dari kata-kata Tun Dr. Mahathir Mohamad. Kata-kata beliau membuat saya lebih yakin pada diri sendiri dan beliau pernah berpesan "Melayu janganlah kamu mudah berputus asa pada sesuatu,cubalah sedaya upaya,dan serah pada yang maha esa" apa yang cuba beliau ingin sampaikan adalah, beliau tidak mahu Melayu terus merudum ke bawah dan putus asa pada yang belum pasti keputusannya. Tun juga seorang yang bersemangat tinggi dan selalu memesan kepada bangsa Melayu untuk tidak putus asa, beliau juga tidak pernah melupakan bangsa dan kaum lain untuk memberi semangat yang padu. 

  Inpirasi beliau membuatkan saya (Anak Sawah) menjadi lebih matang dan bersemangat jauh dan padu. Perjuangan orang dahulu harus diambil kisah dan perhatian, supaya anak muda membuka minda dan hargai jasa-jasa mereka.

  Jadi lah anak muda yang menghargai pada sesuatu perkara yang menjadikan kita hidup aman dan sentosa. Jangan terlalu kalut dan terpedaya pada pujukan yang boleh merosakkan akal fikiran dan diri sendiri. 

Luahan 'Anak Muda' kepada masyarakat

 Sebagai anak muda yang dulu ilmunya kurang, namun, makin hari makin membesar, ilmu semakin banyak dan membuak. Bila diperhatikan semula, sesetengah luahan tidak diambil peduli oleh orang tua, tidak kira orang tua kita, mahupun orang lain. Ada juga sesetengah pihak mengatakan ilmu dan pendapat anak muda terlalu cetek dan boleh menyekatkan minda orang lain dan ada juga mengatakan pendapat anak muda membosankan minda orang tua dan kanak-kanak.

 Peluang anak muda bukan disekat tapi tidak diambil perhatian, malah dihalang untuk menonjolkan peluang sebegini. Kerana itulah, pemikiran anak muda mula kurang dan mereka juga akan memberontak, melakukan salah faham diantara mereka sendiri melakukan seks, salah guna dadah, dan gejala sosial yang boleh merosakkan agama,bangsa dan negara. Tetapi keadaan ini tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak, ada pihak juga telah bertungkus-lumus menyediakan sesuatu untuk anak-anak muda. Jesteru itu, jika ingin difikirkan kembali, benih anak muda adalah lebih tepat jika diberi peluang, anak muda adalah harapan bangsa dan negara.

  Kadang-kadang mereka tiada tempat untuk menyuarakan sesuatu. Peluang ini harus diambil perhatian. Anak muda memerlukan dan menagih sokongan dari orang yang lebih berpegalaman untuk diberi nasihat dan idea supaya mereka boleh membawa negara kehadapan tanpa silap dan salah walaupun salah dan silap itu akan terjadi, tetapi setiap kesalahan ada cara untuk dibetulkan.

  Pandangan anak muda akan lebih jauh dan mustahil supaya mereka dapat apa yang mereka mahukan kepada sesuatu yang membawa manfaat dan kebaikan kepada orang lain dan bukannya pada diri sendiri. Jadi, apa yang saya ingin rumuskan, percayalah, jika diberi peluang kepada anak muda mengikut peringkat dan cara yang betul, mereka akan menyokong dam sentiasa membantu kita kearah kebaikan.

  Berikan mereka peluang, masa dan cara yang betul supaya mereka boleh pergi lebih jauh disamping membolehkan mereka membantu dan berkhidmat pada masyarakat. Luahan mereka sentiasa dinanti-nantikan, tetapi tiada siapa yang sudi mengambil sedikit masa untuk mendengar rintihan mereka dan pendapat yang boleh membantu untuk masa depan negara, agama dan bangsa. Sekian -Anak Sawah-